berita

Foto Mesra Khairul Fahmi & Leuniey. Bakal Bertunang?

September 28th, 2012 | by M
Kini Trending

Kegagalan dalam percintaan sebelum ini bukan penghalang untuk teruskan kehidupan, betul tak? Bukan apa, baru-baru ini sekeping foto mesra penjaga gol negara, Khairul Fahmi atau Apex bersama seorang wanita yang amat cantik, Leuniey Natasha telah dimuatnaik ke laman instagram dan menerima lebih 580 likes daripada peminatnya.

Mengintai pula intagram milik Leuniey, wanita ini turut memuatnaik foto dalam persalinan yang sama dengan pose yang berlainan. Pada pengamatan kami, kebiasaannya orang-orang yang dilamun cinta memang terkenal dengan peel feeling sweet ni.

Tak salah rasanya untuk meletakkan Apex & Leuniey dalam mode bercinta walaupun sebelum ini mereka pernah menafikannya. Ah cepat lah mengaku wahai Apex & Leuniey, ramai peminat di luar sana tak sabar melihat anda berdua ke jinjang pelamin.

Apabila membaca komen-komen peminat, ada yang sampai termimpi-mimpi bahawa mereka berdua akan melangsungkan majlis pertunangan. Harapnya, biarlah mimpi itu menjadi kenyataan, kan? Kami di sini doakan yang baik-baik sahaja.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×