berita

Foto: Michelle Yeoh Turun Malaysia Promosi Filem “The Lady”

April 25th, 2012 | by Ell | 4 comments
Kini Trending

Foto: Michelle Yeoh Turun Malaysia Promosi Filem The Lady
Anda pasti merindui Dato’ Michelle Yeoh kan? Pelakon Hollywood kelahiran Ipoh ini kini sedang berada di Malaysia untuk promosikan filem terbaru lakonannya, “The Lady”.

Untuk yang tidak tahu, Dato’ Michelle Yeoh pernah berlakon dalam filem “Crouching Tiger, Hidden Dragon”, “Memoirs Of a Geisha”, dan “Tomorrow Never Dies”. “The Lady” mengisahkan perjalanan hidup wanita bernama Aung San Suu Kyi yang menyambung perjuangan bapanya menuntut demokrasi di negara kelahiran beliau, Myanmar, yang sering mendapat tentangan dari pihak tentera yang memerintah.

Filem lakonan Michelle Yeoh ini adalah sebuah filem biografi arahan Luc Besson dan ia bakal ditayangkan di Malaysia pada 3 Mei depan.

“Filem biografi ini bukanlah sebuah filem yang dipengaruhi unsur politik, sebaliknya ia sebuah filem mengenai membuat pilihan dan pengorbanan yang diperlukan dalam kisah cinta pada suami, keluarga, bangsa dan negara. Semoga kehadiran filem ini akan menjadi inspirasi kepada generasi baru.” ujar Michelle Yeoh dipetik dari Gua.

Mari tonton trailer “The Lady” selepas ini!

Kredit Foto : Cipot Redz

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

4 Comments

  1. kiah says:

    memang salute habis dgn michelle nie! Walaupon menetap & bersekolah di UK dr umur usia remaja tetapi tanahair Malaysia tetap diutamakan! She is not only pretty but very humble, walaupon famous world actress! dahlah kaya, beharta & suami lagi org ternama @ kaya..dlm press conference (walaupon di oversea) tetap pakai sederhana & kalau actress tempatan macam siput sedut dsungai batu hiasan yg menyemakan! x macam sesetengh org tu belajar oversea 2 @ 5 taun terus lidah berbelit & hidup liar, nak urban @ nak speaking org puith konon..

    (0)
  2. Hehe says:

    Ni kalau menang oscar mesti ada orang US tak puas hati. sebab bukan orang tempatan. Pui!

    (0)