berita

Foto : Peminat Dakwa Wanita Ini Bakal Tunang Fahrin Ahmad

May 4th, 2012 | by M
Kini Trending

Wanita bernama Yan lingkungan umur 20-an ini didakwa merupakan bakal tunang kepada Fahrin Ahmad oleh seorang peminat melalui kiriman email kepada OHBULAN, sebentar tadi.

Sebelum itu, Fahrin Ahmad menyangkal dakwaan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga melalui artikel terbitan Mstar berjudul “Fahrin Ahmad Sangkal Bakal Kahwin Tahun Ini“, hari ini

Dalam artikel itu, Fahrin Ahmad menafikan hubungan istimewanya bersama anak saudara kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan Datuk Siti Nurhaliza, Zetty Adila.

“Selagi belum ada sebarang pengesahan daripada mulut saya maka apa yang diperkatakan itu tidak benar.”

Mungkin ini adalah usikan peminat itu terhadap Fahrin Ahmad. Tetapi, sekiranya dakwaan peminat itu adalah benar, apa salahnya Fahrin Ahmad mengaku sahaja. Kami di OHBULAN HQ mendoakan semoga jodoh Fahrin Ahmad dipercepatkan.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×