berita

Foto: Perkahwinan Anak Sultan Brunei Yang Kami Yakin Kosnya Berjuta-Juta

April 13th, 2015 | by Ai
Kini Trending

277B406200000578-3035550-image-a-18_1428832348886Kagum, tergamam dan terkesima adalah reaksi kami saat melihat foto-foto pernikahan yang bertatahkan emas ini.

Kalau korang nak tahu, perkahwinan mewah ini merupakan majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah.

Busana Bertakhtakan Emas

277B382900000578-3035550-image-a-5_1428832252681

Melalui laporan Daily Mail Online, perkahwinan yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyaksikan kedua mempelai duduk diatas pelamin yang diperbuat daripada emas serta mengenakan busana yang turut bertatahkan emas dan berlian.

Fuh! Marilah kita menangis beramai-ramai. Kami pasti, ramai diantara anda yang mengimpikan perkahwinan seperti ini kan?

Bunga Pun Berlian Wehhh…

277B3E0A00000578-3035550-image-a-20_1428832361312

Yang paling mencuri perhatian kami adalah jambangan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan iaitu jambangan yang diperbuat daripada permata yang sungguh memukau.

Christian Louboutin Diselaputi Permata

277B407F00000578-3035550-image-a-22_1428832363754

Tambah mengujakan, pengantin perempuan memakai kasut Christian Louboutin yang diselaputi permata beserta gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen.

Hmm, kami taknak cakap banyak. Korang tengoklah sendiri foto-foto perkahwinan menakjubkan ini.

SKIP THIS AD ×