berita

Foto: Persiapan Perkahwinan Mewah Tunku Mahkota Johor & Che Puan Khaleeda

November 7th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

TMJ dan che puan khaleeda

Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Bertempat di Istana Bukit Serene, kedua-dua mempelai nampak segak dan anggun menggayakan busana serba putih semasa istiadat pernikahan mereka.

Artikel Berkaitan : Tunku Mahkota Johor Nikah Jumaat Ini

Bagi istiadat persandingan mereka pada esok hari ( 8 November 2014) pula , Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan bahawa pasangan mempelai itu bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8.00 malam.

persiapan kahwin tmj

Warna-warni dan mewah. Itulah yang kami dapat simpulkan daripada 5 keping foto yang dimuat naik di beberapa laman blog. Sudah pasti majlis ini akan bertambah meriah apabila rakyat Johor berhimpun di sepanjang laluan nanti kan?

Selain itu, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya.

persiapan kahwin tmj 3

Ha.. buat semua rakyat Johor, jangan lupa untuk berkongsi di laman sosial foto-foto sepanjang istiadat perkahwinan Diraja tu tau. Yelahkan, bukannya setiap hari ada royal wedding. Dah alang-alang pergi tu, tangkap gambar banyak-banyak okay!

Sumber: Blog Katak Comel

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×