berita

Foto : Pusara Allahyarham Seniman P.Ramlee Musnah

March 28th, 2013 | by Noraini Nasir | 22 comments
Lensa Insta

pusara seniman P. RamleeSemalam pihak Seniman telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pihak kami dan memaklumkan bahawa pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah musnah dalam satu kejadian yang berlaku sekitar petang semalam.

Namun begitu, menurut presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, dia sendiri belum tahu apakah punca sebenar kemusnahan tersebut dan akan cuba menyiasat punca berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Dalam kejadian yang sama, pusara yang turut musnah adalah pusara seniwati Saloma dan A.R Tompel.

Berikut kami lampirkan video laporan pihak Astro Awani dan beberapa foto untuk tatapan anda semua.

22 Comments

  1. bangaji says:

    hanya Allah yang lebih mengetahui..kepada semua ayuh insafi diri kita dan kembali kepada ajaran Allah yang sebenar

    (0)
    • Olga says:

      Tu peringatan pada org2 yg masih hidup!
      Org2 yg dh mati elok disedekahkan Al-Fatihah, buat kenduri bacaan Yasin sebagainya. Bukan di tribute buat konsert sana sini…

      (0)
      • bangaji says:

        alhamdulillah..sejuk bangaji tengok olga berdakwah mcmni..teruskan usaha murni anda

        (0)
        • Olga says:

          selama ni pun aku berdakwah.. tp mmg kasar la bunyi nye.. ummah2 pprt ni bukan nak dgr softspoken!

          (0)
          • bangaji says:

            ikhlaskan diri dalam apa jua yang kamu lakukan insha allah kamu tidak akan rasa menyesal walaupun ada yang tidak menghargai tetapi ingat setiap kerja baik yang kamu lakukan Allah balas dengan pahala…semoga terus istiqamah dalam berdakwah

            (0)
  2. zainudin says:

    Ini mesti kerja fanatik agama! Sana haram sini haram..maklum lah ini makam seniman

    (0)
  3. ehh says:

    ape mksud zainudin?aku rse klu btl org nk msnahkan pn sbb kje2 khurafat.ntah2 bencana alam je.nmpk mcm pkok tumbang dlm gmbr.

    (0)
  4. miss007is says:

    kena pokok tumbang laa tu… repair blk aje.. xpyh jd issue pun

    (0)
  5. allifnur says:

    ZED ZAIDI si hero malaya………..

    (0)
  6. Ziela says:

    Satu teguran Allah buat kita, Allah nak tunjukkan betapa mereka dalam sana terseksa bila kita terlalu mengagungkan mereka menerusi muzik dan lakonan mereka semata-mata walhal mesej mereka dalam setiap karya itu adakalanya kita langsung tak ambil peduli, waris mereka pun kita abaikan…mungkin ini bahagian mereka, sebagai peringatan untuk kita semua..kelebihan yang Allah beri secara percuma itu jgn disalahgunakan…buat artis yang baru nak naik renungkanlah ini, jgnlah sombong dan bangga diri…

    (0)
  7. skodeng says:

    jgn mudah jatuh hukum .. baiki semula..tak perlu tuding jari sana sini…. fikir positif. alfatihah

    (0)
  8. miranda says:

    Itu biasa kalau kubur lama, Kadang-kadang macam banyak yang jerlus dan mendak. Mungkin juga tengok tanah atau persekitaran yang dijaga.

    (0)
  9. Aku x Suka Fanatik says:

    Hey Ziela Ko Bukan sape sape ! Ko pnh masuk kubur ke Wei Sblm ni!! Rilek la Beb ! Agak Agak nk jatuhkan hukuman!! Biadap Ko ni

    (0)
  10. mawar merah says:

    kejadian sebegini pernah berlaku di mana2, cuma tidak jadi bahan bualan kerana kubur orang biasa. bila terjadi kepada kubur artis, berbagai persepsi supaya cerita jadi lebih sedap dibualkan. walau apa pun, itu bahagian dia…bahagian kita tak tau lagi. sedekahkan alfatihah lebih baik.

    (0)
  11. lal says:

    tenung betul2 gambar tu.. kan pokok tumbang. tak payah nak ckp apa..fanatiklah apa pun..baiki jer,.. kita sesama muslim sedekah sajer alfathiah utk mereka.

    (0)
  12. Hamba ALLAH says:

    Ziela dan Yg lain lain Kita x berhak nk memghukum ,padahal Pokok Je stay cool ,Allah marah tau Kalau Kita mencerca org apatah lg org YG sudah meninggal dunia

    (0)
  13. iza says:

    Yg korang kecoh2 ni apahal..kubur org lain mcmana? Rosak juga kan..so dah sah2 kejadian bencana alam. Tentang yg lain tu kita serah aje pada tuhan. Benda2 yg kita tak tahu jgn nak buat2 cerita pulak..berdosa ko tahu..

    (0)
  14. iza says:

    Yg korang kecoh2 ni apahal..kubur org lain mcmana? Rosak juga kan..so dah sah2 kejadian bencana alam. Tentang yg lain tu kita serah aje pada tuhan. Benda2 yg kita tak tahu jgn nak buat2 cerita pulak..berdosa ko tahu..

    (0)
  15. Ini lah orang kita says:

    As Salam semua, inilah masalah orang kita. First come into our mind, mesti perkara negatif. Lebih baik kita bermuhasabah diri sendiri sebelum kita buat andaian. Dan lebih baik kita menyedekahkan al-fatihah utk mereka, kita dpt pahala dan in shaa Allah mereka pun dapat pahalanya. Ini juga membuatkan kita mengingati mati dan ingatlah, orang yg bijak adalah org yg sentiasa beringat tentang mati. Adakah kita telah bersedia utk hadapinya?

    Nasib baik perkara ini tidak dipolitikkan. Orang kita kan suka berpolitik…politik yg tiada maruah, tiada akal dan tdak matang. Kalau tidak, pasti segelintir dari kita mengatakan ‘ini pasti kerja orang umno’. Insaf2 lah.

    (0)
  16. mawar says:

    Alhamdulillah bsyukur sgt2 masih ada sifat murni serta kerjasama antara kita turut sama membantu dlm mbersihkn kawasan tanah pkuburan di Ampang. Terima kasih buat kakitgn dbkl serta mereka yg tlibat dlmsesi pmbersihan pkuburan tsbut. Yg dok komen kat sni ada lebih baik kita sama2 mdoakn yg tbaik buat mereka yg dh telah pergi serta menginsafi diri kita yg masih hidup ni…

    (0)
  17. sedu says:

    jgn kita sesedap mulut menjatuhkan tuduhan…. xkan xnampak pokok kat seblah tu kena tebang??? jgn igt sume artis jahat memanjang…. misti ada baik nye…

    (0)