berita

Foto: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari Nikah Esok

May 3rd, 2012 | by Ell | 6 comments
Kini Trending

Foto: Scha Al Yahya & Awal Ashaari Nikah Esok

Debaran pengantin baru sudah dirasai, kedua-dua selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka esok.

Seperti yang semua orang tahu, Awal Ashaari mempunyai sedikit sifat lembut dan mudah dihampiri. Sifat itulah yang mungkin OHBULAN! rasa menyebabkan Scha Al-Yahya jatuh cinta kerana umum pula tahu Scha mempunyai sedikit perwatakan yang agak keras.

Namun itu semua tidak menjadi masalah, asalkan ada jodoh, tak kira anda siapa Tuhan pasti akan temukan jua. Majlis pernikahan Awal & Scha bakal berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside esok (4 Mei 2012) dan majlis resepsi pula akan diadakan pada hari Ahad (6 Mei 2012) di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, majlis perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya akan disiarkan secara eksklusif melalui siaran Astro Ria. Jadi, sila tukar ke siaran yang sepatutnya supaya anda tidak terlepas untuk menonton majlis pernikahan kedua pasangan selebriti ini.

Apa pun, mari kita lihat beberapa keping gambar pra-perkahwinan hasil karya Saiful Nang untuk anda semua!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

6 Comments

  1. MUSHI says:

    TAHNIAH AWAL & SCHA..SEMOGA BERBAHGIA SEPANJANG HAYAT..AMIN

    (0)
  2. PondanSepi says:

    OhBulan oi! c Awal tu bukan setakat sikit je perwatakan lembut! tp dia tu so ADIK-ADIK!

    (0)
  3. yeaaa kawin juga diorg nie..sweet, sesuai, sepadan dann emmm pape jer laa…moge berbahagia yer..waa saiful nang skrg makin kreatif yer..tahniah2 :)

    (0)