berita

Foto Sekitar Majlis Pernikahan Sam Bunkface & Aida

April 25th, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-04-25 at 10.37.53 AM

Tahniah kami ucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang baru sahaja selamat bergelar suami  kepada si manis bernama Aida Azira dengan sekali lafaz.

Kalau korang nak tahu, majlis pernikahan ini diadakan di Dewan Sapura Building, The Mines tau!

Mas Kahwin Sebanyak RM1000

Screen Shot 2015-04-25 at 10.38.12 AM

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki memberikan mas kahwin sebanyak RM1000 kepada pengantin perempuan.

Untuk pengetahuan, majlis serba indah ini turut dihadiri oleh keluarga terdekat Sam dan isterinya.

Sam Berdebar Nak Jadi Suami

Screen Shot 2015-04-25 at 10.38.33 AM

Tersenyum kami apabila melihat aksi Sam dalam foto ini. Berdebar habis tu! Maklumlah, bergelar suami ni tanggungjawabnya besar. Semua lelaki pun pasti akan berdebar. Betul tak?

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Sam dan isteri. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Jom tengok foto-foto sekitar majlis pernikahan Sam disini!

Kredit Foto: @muhammadzameer

SKIP THIS AD ×