berita

Foto Sekitar Malam Berinai Erin Malek

October 10th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-10 at 9.21.57 AM

Sebagai salah seorang pengamal media hiburan di Malaysia, kami rasa sangat seronok dengan warna-warni industri seni negara kita.

Mana taknya, selebriti bukan sahaja mahu ‘berkarya’ untuk para peminat, malah mereka juga tidak lokek untuk berkongsi detik bahagia mereka.

Ha.. yang terkini, si bakal mempelai, Erin Malek dilihat membuat live streaming majlis berinainya menerusi laman Instagram. Memang meriah okay!

 

Screen Shot 2014-10-10 at 9.23.31 AM

Rasanya majlis berinai Erin ini bertemakan ala-ala Arab gitu. Tapi, apa yang pasti, wajah Erin memang naik seri pengantinnya. Cantik dan flawless.

Majlis yang diadakan malam semalam ini turut dihadiri beberapa kenalan rapat Erin, termasuklah pelakon popular seperti Sari Yanti.

Screen Shot 2014-10-10 at 9.22.59 AM

Untuk makluman anda, Erin dan pasangannya Farriz Fauzy akan dinikahkan pada hari ini selepas Maghrib  (10 Oktober 2014) di kediaman keluarganya di Ampang.

Manakala majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan di Hotel InterContinental pada malam Sabtu. Apapun, kami turut mendoakan agar Erin akan berbahagian bersama suami tercinta hingga akhir hayat.

Kredit foto: Instagram Erin Malek

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×