berita

Foto Terbaru Lisa Surihani & Yusry Selepas Berbulan Madu

March 29th, 2012 | by Ell | 4 comments
Kini Trending

Foto Terbaru Lisa Surihani & Yusry Selepas Berbulan Madu

Semalam, berlangsungnya majlis pertunangan diantara Liyana Jasmay & Fathudin di kediaman milik keluarga Liyana Jasmay, Kemensah. Majlis yang berlangsung penuh meriah itu dihadiri oleh keluarga dari kedua belah pasangan dan juga turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan terdekat.

Apa yang pasti, majlis pertunangan yang berlangsung semalam sudah hampir menyerupai majlis persandingan. Terpegun OHBULAN! dengan persiapan rapi pihak Liyana Jasmay dan juga jumlah tetamu yang hadir. Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuklah Vanidah Imran & Rashidi Ishak, Scha Al-Yahya & Awal Ashaari, Marsha, dan juga selebriti yang baru sahaja menghabiskan bulan madu mereka, Lisa Surihani & Yusry.

Kehadiran mereka berdua menarik pandangan para media yang hadir, apa tidaknya, ini kemunculan pertama mereka selepas habis berbulan madu di eropah. Dikesempatan itu, jurugambar OHBULAN! sempat mengambil beberapa keping gambar Lisa Surihani & Yusry untuk tatapan para peminat.

Selain itu, terdapat juga beberapa keping gambar selebriti yang turut hadir di majlis pertunangan Liyana Jasmay & Fathudin semalam. Enjoice!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

4 Comments

  1. sha says:

    dah nikah, tak nak pulak peluk…

    (0)
  2. jelita says:

    hahahahaha.. nape blom kawen pelok2 dan romantik2 eh..lepas kawen dok sekaki jauhnye ..memang melayu mcm tu ke… tepat sekali keprihatinan peminat dia org ni

    (0)