berita

Foto Terbaru Qi & Nelydia Yang Manis Bak Gula. Ehem, Macam Tak Lama Lagi Je!

September 11th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-09-10 at 11.19.43 PM

Lamanya tak dengar tentang pasangan romantis favourite iols ni. Siapa lagi kalau bukan si cantik manis Nelydia Senrose dan buah hati pengarang jantungya, Qi Razali.

Iyalah, sejak dua menjak ni kami lihat masing-masing sibuk je kan. Tapi, haa, kami ada cerita best nak beritahu korang ni. Dah tengok Instagram pasangan ni?

Kalau belum, ni ha meh dengar gosip iols ni. Qi dengan Nelydia buat pre-wedding photoshoot tau tak! Wah, iols tengok cantik nau nau pasangan ni. Sweet gitew!

Screen Shot 2014-09-10 at 11.21.06 PM

Teruja betul iols saat melihat foto-foto pasangan ni di timeline Instagram. Mana taknya, sebelum ni kan hubungan pasangan romantis ni pernah dilanda kontroversi. Ah, tak payah ingat lagi lah gosip tu. Perkara dah lepas pun kan. Hehe.

Tetapi, saat terbaca caption pasangan ni, barulah kami tau bahawa foto tersebut diambil untuk cover majalah Inspirasi perkahwinan. No no no! Ingatkan diorang dah rancang nak kahwin!

Pengikut Qi dan Nelydia pun kami tengok bukan main syok lagi mengusik pasangan ni. Ada yang menyangka gambar tersebut memang dibuat khas untuk pre-wedding mereka. Hah, acano?

Screen Shot 2014-09-10 at 11.25.09 PMScreen Shot 2014-09-10 at 11.25.18 PMScreen Shot 2014-09-10 at 11.25.50 PM

Masuk akal juga kalau ada peminat yang berfikir begitu. Iyalah, sebelum ini di laman Instagram Qi sendiri, dia ada memuat naik sekeping foto dengan caption The future is clear…

Haa, korang rasa macam mana? Dalam banyak-banyak komen, kami tertarik dengan komen dari seorang pengikut yang memanggil Nelydia dengan gelaran ‘Mas’. Alaa, nama watak dia dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu.

Yang menariknya, Qi siap balas komen tu tau! Nak tahu Qi tulis apa? Silalah baca conversation diorang ni. Hehe memang mencuit hati.

Screen Shot 2014-09-10 at 11.27.10 PM Screen Shot 2014-09-10 at 11.27.18 PM

Apapun, kalau benar sekalipun gambar tersebut diambil khas untuk pre-wedding mereka apa salahnya kan? Masing-masing pun macam dah bersedia nak berkahwin. Tak gitu?

Kredit Foto : Instagram Nelydia Senrose, Qi Razali & Muhammad Zameer

SKIP THIS AD ×