berita

Foto Tiz Zaqyah Bersinglet Ditegur Netizen

November 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

tiz zaqyah

Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.

komen tiz zaqyah

Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×