berita

Friday Music : Mood Happy? Layankan Lagu ‘Angkasa – Diandra Arjunaidi’

April 6th, 2012 | by M | 3 comments
Kini Trending

Friday Music : Mood Happy? Layankan Lagu Angkasa   Diandra Arjunaidi

Melodinya rancak dan segar bisa membuatkan mana-mana pendengar berada dalam mode gembira. Ditambah lagi dengan kemerduan suara bernama Diandra Arjunaidi, sekaligus melengkapkan hari anda!

Berbakat menulis lirik dan mencipta lagu sendiri, bakat beliau tidak disia-siakan apabila dikesan oleh Yuna dan kini menjadi artis pertama yang berada di bawah naungan syarikat pengurusan Yunaroomrecords.

Memetik kata-kata Yuna ketika pelancaran albumnya tahun lepas, “Apabila saya lihat Diandra, dia seperti saya pada lima tahun lalu yang merakamkan pelbagai lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu perkenalkan karya tersebut kepada umum. Sebab itu saya pilih dia. Diandra juga seorang yang amat rajin dalam meneroka dunia muzik. Alhamdulillah, berdasarkan persembahan yang dilakukan, lagu-lagunya menerima respons yang positif.”

Tambah Yuna lagi, “Setakat ini, diakui memang ada yang beranggapan Diandra membawakan lagu-lagu seperti saya, sedangkan kami mempunyai muzik yang berbeza termasuklah cara nyanyian kami. Bagaimanapun, saya percaya, selepas mendengar ketujuh-tujuh lagu dalam album Diandra, persepsi mereka akan berubah.”

Video selepas ini.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

3 Comments

  1. zack says:

    macam suara sarimah je..

    (0)
  2. ari says:

    tak best pun..tis kind of song dgr sekali terus lupa.. where’s creativity people??

    (0)