berita

#FriendTillJannah : Ucapan Hari Lahir Paling Sayu Dari Afdlin Shauki Buat Arwah Harun Salim Bachik

May 19th, 2015 | by Ai
Lensa Insta

afdlin

Sayu hati kami apabila terbaca kapsyen hari lahir di laman Instagram milik Afdlin Shauki.

Mana taknya, dalam kegembiraan menyambut hari kelahiran, Afdlin sempat menitipkan ucapan buat sahabatnya, Harun Salim Bachik. Betul kata orang, memilih sahabat biarlah sampai ke syurga.

Tak Mungkin Akan Terganti Permata Seperti Ini

tadi aku bukak laptop aku ada notification, its your birthday today!! tapi lepas tu ada keluar satu lagi notification, it’s Harun Salim Bachik’s birthday!!… sahabatku Allahyarham Harun Salim Bachik juga berkongsi sama harijadi dgn aku dan sudah berberapa tahun harijadi kami akan celebrate bersama selepas kami menjadi kumpulan Boboi. Saya sangat bertuah yg dapat berkongsi masa dan berkerjasama dgn insan yg sangat hebat ni. ini gambar sewaktu kami pergi bercuti ke kota london bersama. beiau adalah seorang kawan dan partner yg sangat baik dan tak mungkin akan terganti permata seperti ini lagi, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan roh roh org yg beriman. i miss you and will always love you abg Harun. sehingga ketemu lagi diakhir masa InsyaaAllah. Al-Fatihah

A photo posted by Afdlin Shauki (@afdlinshauki) on

Kalau korang nak tahu, hari ini juga merupakan tarikh kelahiran Allahyarham Harun Salim Bachik tau! Hmm, meruntun hati kami tatkala membaca ucapan dari seorang sahabat ini.

Kata Afdlin, Allahyarham ibarat permata yang tak terganti. Fuh! Meleleh air mata baca.

I Miss You & Will Always Love You Abang Harun

mkm

Sedihnya~ Kalau kami yang tak berkesempatan mengenali Allahyarham pun terasa akan kehilangannya, apatah lagi sahabat rapat seperti Afdlin yang berkongsi tarikh kelahiran kan?

Apapun, kami doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Afdlin akan dikurniakan kebahagiaan serta kesihatan yang baik. Selamat hari lahir legend!

SKIP THIS AD ×