berita

Gadis Sensasi Felixia Yeap Ikut Dakwah Rocket To Mecca

April 17th, 2014 | by Ai
Video Popular

Felixia

Rasanya semua pasti sudah mengenali bekas model, Felixia Yeap yang kini sudah mengambil keputusan untuk berhijab.

Nampaknya selepas berhijab, rezeki gadis comel ini semakin bertambah apabila mula ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie berjudul ‘Nikah Kita Bercinta’ bersama jejaka kacak Azlee Khairi.

Terbaru, selain menjadi ikon hijab dan berlakon, Felixia tampil dalam MV kumpulan indie Rocket To Mecca yang berjudul ‘Sedar’.

Rocket

Kepada anda yang mungkin tidak tahu, kumpulan Rocket To Mecca merupakan sebuah kumpulan indie yang menampilkan unsur-unsur dakwah dalam beberapa lagu mereka.

Menampilkan gadis comel seperti Felixia Yeap, ia dilihat sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej dengan mengajak manusia untuk kembali kepada Tuhan dengan cara yang berbeza sekali.

Seperti yang semua tahu, walaupun sudah berhijab, Felixia masih belum memeluk agama Islam tetapi selesa dengan ajaran dan cara kehidupan Islam.

Felixia

Menerusi MV berdurasi 3:53 saat ini, ia menampilkan lagu bergenre rock indie dengan jalan cerita yang menarik sekali. Namun, penampilan Felixia hanyalah sebagai pelakon dalam MV tersebut, bukan sebagai penyanyi.

Apapun, usaha Rocket To Mecca wajar dipuji kerana ia telah melahirkan satu rentak dan corak baru dimensi dakwah melalui lagu tersebut.

Apapun, kepada pembaca OHBULAN! yang masih belum menonton MV ini, mari kita tonton dan ambil iktibar daripada mesej yang ingin disampaikan. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×