Laman Utama » Berita Terkini

Bukan, ini bukan blog politik. Cuma, kali ini kami nak highlight-kan penyertaan Bob Lokman ke parti politik PAS telah mendapat perhatian daripada 30 ribu pengunjung yang hadir di Kota Sarang Semut, Kedah sempena Perhimpunan Pemuda 30k.

Menurut Bob Lokman, dia menyertai PAS kerana risau dengan gejala sosial yang semakin berleluasa. Atas dasar tanggungjawab terhadap anak-anak, dia berasa terpanggil untuk bersama-sama berjuang dengan ahli PAS yang lain.

Bob Lokman telah menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dan diberi ruang untuk memberikan ucapan pertamanya di hadapan pemuda PAS yang berjumlah 30 ribu orang.

Layankan koleksi gambar Bob Lokman bersama parti politik yang baru diceburinya selepas ini.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Hijabster : Tampil Lebih Glamor