Laman Utama » Berita Terkini

Pantang nampak muka cantik & badan gebu, rakan kami Bapak Gula-Gula tidak teragak-agak untuk memperkenalkan seorang lagi pelakon baru yang muncul dalam drama Gemilang, iaitu Tasha Shilla. Kami pun tertanya-tanya, siapakah Tasha Shilla? Ya, sama seperti rakan media Rotikaya, hanya bermodalkan nama serta fungsi google, kami berjaya menemui gambar-gambar berdefinisi tinggi.

Drama Gemilang yang sinonim dengan nama besar Tiz Zaqyah adalah faktor yang kuat untuk anda melekat di kaca Tv. Tapi, kami rasa sudah ramai sangat yang berebut Tiz Zaqyah, perfect competitive market. Apa salahnya kalau kau & kau menonton drama Gemilang semata-mata untuk melihat Tasha Shilla, kurang sikit persaingan, kan?

Tasha Shilla, mendokong watak sebagai Cikgu Ruhana dalam drama bersiri Gemilang. Dari segi kualiti lakonan, kami tidak endahkan sangat (tak tengok pun lagi, hurmm!). Tapi, rata-rata tahu pengarah Kabir Bhatiar bukan sebarangan dalam pemilihan pelakon. Ya, Kabir Bhatia ialah pengarahnya, teruja kan?

Adakah drama Gemilang akan mengangkat nama Tasha Shilla seperti mana kejayaan drama Nur Kasih, lakonan Tiz Zaqyah? Ah, cun!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.