Terkedu kejap, jumlah hantaran yang diterima oleh Tengku Zawiyah daripada Datuk Joseph King bernilai RM38,888.88, fuh! Bukan itu sahaja, wanita berusia lingkungan 40-an ini turut menerima lima dulang hantaran yang mengandungi set wangian, seutas gelang bertahta berlian, sepasang persalinan kain lace, al-Quran, sejadah, sirih junjung, coklat serta sebentuk cincin.

Majlis resepsi kedua pasangan bahagia ini akan berlangsung di Hotel Royale Chulan bertemakan garden wedding pada pukul 8 malam nanti. Baca laporan penuh mengenai perkahwinan Tengku Zawyah di akhbar kegemaran kami, Mstar (Kredit gambar).