Laman Utama » Berita Terkini

Apa lagi, kisah Miera Liyana menjadi santapan tengah hari anda hari ini. Kali ini, tiada sebarang pendedahan daripada hadapan atau belakang daripada pelakon remaja ini. Sebaliknya, OHBULAN! akan paparkan saat romantik Miera Liyana bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki, juga pelakon iaitu Lash Mokhtar.

Menurut sumber, Lash Mokhtar merupakan seorang pelajar Mass Communication daripada sebuah universiti swasta di Cyberjaya. Lash, aktif berlakon untuk pelbagai drama & filem sama ada pembantu atau watak utama seperti Kami The Movie, Hanyut & yang terbaru, Alauddin.

Apabila melihat betapa romantiknya mereka berdua, teringat pula fenomena drama Nora Elena. Ramai wanita yang tergilakan lelaki yang seromantik Seth Tan lakonan hebat Aaron Aziz. Bukanlah kami nak kata setiap lelaki perlu romantik, at least, lelaki perlu memahami naluri lembut wanita yang inginkan perhatian & kasih sayang.

Sama juga, bila kami tengok mata Lash Mokhtar, jelas nampak yang dia sayang Miera Liyana ni. Apatah lagi, Miera Liyana ni cantik & putih melepak orangnya, beruntunglah Lash Mokhtar dapat menambat hati gadis yang menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana.

Frust menonggeng jap! Rakan kami di Hazrey.com sempat mendedikasikan artikel ucapan Selamat Pengantin Baru buat mereka.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.