berita

Gambar: Serina Redzuawan Selamat Lahirkan Anak Kedua, Isabella

January 25th, 2012 | by Ell | 9 comments
Kini Trending

Gambar: Serina Redzuawan Selamat Lahirkan Anak Kedua, Isabella

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Chef Wan yang juga bapa kepada Serina Redzuawan kerana baru-baru ini telah menerima cucunya yang kedua.

Isabella selamat dilahirkan pada Isnin secara normal dan beratnya pula hanya 3.3 kilogram. Bayi perempuan ini dilahirkan ketika Chef Wan sedang berada di Bangkok, Thailand dan Chef Wan masih belum sempat melihat cucu keduanya ini.

Memetik kenyataannya di mStar Online, Chef Wan dan keluarga amat gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga.

Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya. Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat. – Chef Wan

Untuk pengetahuan, Serina Redzuawan telah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 dan anak pertama mereka adalah lelaki bernam Tristan.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

9 Comments

  1. Hey whatever says:

    cepat nya ada anak. 2 yrs married and got herself 2 kids…
    subur…subur…

    (0)
  2. D says:

    cute bella.. :)

    (0)
  3. mamaloveyou says:

    congratulation Datuk Chef Wan & family… :D

    (0)
  4. orca says:

    Salam..

    Sori lari topik skit. OB, jika anda seorang yang mengaku beragama Islam, tolong buang gmbr2 hmpir bogel Lindsay Lohan. Fikir lah pada orang ramai yang lihat site ni tak terkecuali remaja2 serta budak2. Adakah anda sudah hilang rasa malu sehingga memaparkan gambar sedemikian untuk tatapan umum?

    Please!

    (0)
    • gadis biasa says:

      salam solahuddin lokman..
      memang benar isabella adalah seorang wanita kritian dan anak seorang paderi yg berpegang teguh pada ajaran kristian di Cordova tetapi isabella telah mendapat hidayah ketika berdebat mengenai Islam dengan seorang ilmuan Islam bernama Ziad bin Umar dan menjadi seorang tokoh wanita islam yg terulung dan menjadi ahli hadis pada zamannya. niat anda nak menegur itu sangat mulia tetapi kaji dulu sejarah ye…sila rujuk ni http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13021.0

      (0)
  5. n says:

    Org sekarang mmg suka ltak nma ank mcm omputih. Nma islam dah tak sedap, tak glemer kot bg dorang

    (0)
  6. Hey whatever says:

    korang ni bebal kot. sibok nak psal die namakan anak die.
    walhal yg perogol/perompak/pembunuh nama Islam..
    yg buang anak pun nama pun org2 islam…
    Psycho!

    (0)
  7. facebook_Maryjane_Baja.100003389704273 says:

    I love hiburan that’s why I like. Hehe

    (0)