berita

Ganjaran RM100 000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwini Rozita Che Wan

April 10th, 2012 | by M | 27 comments
Kini Trending

Ganjaran RM100 000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwini Rozita Che Wan

RM100 000! Itulah ganjaran wang tunai yang ditawarkan oleh adik kepada Datuk Khalid (Datuk K), Datin Zaitun Mohd Jiwa kepada mana-mana pihak yang dapat membuktikan Datuk K telah berkahwin dengan pelakon drama popular, Rozita Che Wan. Zaitun berkata bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak sebagai cabaran kepada individu yang berani menyebar fitnah terhadap suami penyanyi no 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Ganjaran RM100 000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwini Rozita Che WanKhabar angin yang disebarkan melalui sebuah forum gosip sekitar akhir bulan Mac lalu dipercayai sedikit sebanyak menganggu ketenteraman kedua-dua pasangan romantis ini. Walaupun aktres Rozita Che Wan sudah menafikan khabar angin tersebut, namun ia masih tetap diperkatakan sehingga hari ini.

Memetik kenyataan Datin Zaitun, “Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut.”

“Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan.”
Berita asal : Tupai

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

27 Comments

  1. Orang saje buat cerita kot. Jeles tengok Datuk K n Siti bahagia la tu.

    (0)
  2. Bekas Anak Ikan Yusri says:

    kalau takde angin masakan pokok bergoyang..

    sendiri mau ingat lah..

    (0)
  3. tak cayo den! says:

    pepatah slalu kate ‘kalau tak ade angin,masakan pohon bergoyang’ tapi pepatah moden aku pulak kate ‘pohon pun boleh bergoyang, kalau ade org yg buat die goyang / angin yg dibuat2 oleh manusia2 yg suke mfitnah’ *peace* tak gitu~~

    (0)
  4. Cici says:

    Klu korang tak caya tggu jelah… kebenaran akan terbukti jua!!! mase DK ni bercintan cintun ngan Datuk CT pon dorg nafikan jgk… tp akhirnya berkahwin… so, apa nk dihairankan klu Kak Ton melayang RM100k tu??? org kaya beb….

    (0)
  5. Akula says:

    Apsla gmbr DCT ni aku nmpk macam muka Jacylin Victor aje hah??

    (0)
  6. ali says:

    who cares

    (0)
  7. ahmadi says:

    nope who fucking cares

    (0)
  8. hahaha says:

    wat?? RM$100K?? RIAK nye.. nk tunjuk kaya sgt ke?? dlm gmbr ni mcm like father n daughter… wahahahaha sorry

    (0)
  9. bumi bulat says:

    haha,ct dah kalah dgn pompuan yg lebih tua drpnyer..tahniah,rozita che wan!

    (0)
  10. mamboo jumboo says:

    dato k pun pkai lipstik simply ct ke???huhuhu

    (0)
  11. mummy aqeem says:

    klu tgk btul2 ada iras2 lak muka dato K ngn RCW nie… heheheee.. tapi harap2 kabar angin tu tak betui..

    (0)
  12. diyana says:

    memfitnah itu lebih teruk dari membunuh…
    kita tk tau crita sebenar lebih baik kita diam..doa yg terbaik..bygkan kalau perkara yg sama berlaku pada kita..
    dulu pun rumah tangga ZZ hal yg sama jugak..tp ternyata rumahtangga ZZ bahagia sampai skrg..
    wallahualam..

    (0)
  13. ahkak puaka says:

    ALAAA KANG BEBETUL ORG DPT BUKTIKAN, JGN PULAK KO BYK SONGEH NK BG DUIT TU.. KANG BILER DAH ADE BUKTI, KO NK BUKTI LAIN PULAK. BELIT MCM TAMBI!

    (0)
  14. siti says:

    Bab ni kena tanya Dato K la … kekadang tu betul tapi tak nak mengaku … padan muka CT dulu kebas orang punya..

    (0)
  15. miraeldora says:

    mesti family diorang/Datuk CT dah hire penyiasat persendirian…
    100k no hal la beb!

    (0)
  16. zbm says:

    apa pekdahnya tin ton nk bg ganjaran rm100k. apa nk hairan sgt ngan bukti2 sijil kawen tu. lening, x nikah pun ramai gak yg buat anak n buang merata2 tempat. inikan pulak org yg byk duit.x nikah x de komitmen tp hati byk murah bg hadiah2 mahal bagai. kalu sedekah kat org yg lebih memerlukan dpt gak pahala. pikir byk kali dlu b4 nk wat pe2 kenyataan.

    (0)
  17. slyde says:

    rcw tu cuma nk laki muda jer ler… datuk k dh exp ler…

    (0)
  18. anna says:

    for datok CT, sabar je lah. to RCW, pi cari jantan lain x leh ke? nak kebas orang punye apa hal kau ni? terhegeh2 .

    (0)
  19. Mawar says:

    korset ketat sangat…nampak buncittt

    (0)
  20. joyahgila says:

    hot story ni, update pls…
    nak tau gak kebenaran

    (0)
  21. BLaCK MaMBa says:

    ala .. dlu ct kawin dgn dtuk k ‘lpas’ brcerai dgn zawiyah .. PEMINAT CT kata DAH JODOH .. so .. apa beza klau datuk K DAH JODOH dgn che ta .. ok apa dpt ‘mnyelamatkan’ ibu tunggal n 2 anak che ta utk dpt kasih syg seorg ayah, lgipun datuk k mampu sgt klau nk kawin dgn che ta sbgai no2 .. pastu nk kawin neelofa jdi nmbor 3 pun x salah .. nmbor 4 .. ermm … haa.. sape2 lah yg brkenan d hati datuk k .. x gitu datuk…. :)

    (0)