berita

Kejam! Gantung Kucing Di Hadapan Rumah

December 19th, 2014 | by Wan
Kini Trending

pehh

Kejam dan tidak berhati perut! Itu reaksi kami apabila melihat foto kucing digantung dihadapan rumah yang dipercayai berlaku di Sibu, Sarawak. Foto yang dipercayai mula disebarkan di laman sosial semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai terutamanya pencinta haiwan yang mendesak hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku.

Tuan Rumah Nafi Gantung Kucing

Pada awalnya orang ramai beranggapan perbuatan menggantung kucing itu dilakukan oleh pemilik rumah terbabit namun menurut artikel yang dipetik daripada The Borneo Post, pemilik rumah menafikan dakwaan itu.

kesian

Menurut pemilik rumah itu lagi, ketika kejadian dia dan keluarga tidak berada di rumah dan keluar dari bandar itu untuk mencari perlindungan. Apa kena mengena perlindungan dengan gantung kucing?

Gantung Kucing Sebagai Amaran?

Rupanya sebelum ini pemilik rumah tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan pernah terselamat dalam satu insiden serangan sekitar Oktober lalu dan pernah menerima ugutan.

kuicng

Oktober lepas, sekumpulan lelaki telah mengikat tangan dan menutup matanya dengan kain sebelum membawanya lari menaiki sebuah kereta. Dia kemudian dihumban ke dalam sungai, namun berjaya melepaskan diri. Ini mesti kes tak puas hati dengan bisnes, tak pun kes dendam.

Netizen Kutuk Si Pelaku

Mana tidaknya, tindakan menggantung kucing itu memang tidak masuk akal. Tidak pernah terbayang dek akal manusia yang waras untuk sanggup menggantung kucing kerana tak puas hati dengan orang lain.

komen2 komen komen3

Pencinta Haiwan Kesal, Tidak Berperikemanusiaan!

Sementara itu, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) semalam melahirkan rasa kesal terhadap tindakan individu menggantung kucing untuk membuat ugutan.

Presidennya Donna Wee berkata, ia perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Ini adalah keganasan jelas terhadap haiwan dan perbuatan itu adalah amat jahat dan menunjukkan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan

Kami di OHBULAN! mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam terhadap kucing yang dilakukan oleh manusia tidak berperikemanusiaan ini! Mohon tangkap dan gantung si pelaku!

SKIP THIS AD ×