berita

Gara-Gara Bela Dodi Dalam Tandas, Dato’ Aliff Diserbu Pihak Berkuasa Kerana Didakwa Mendera

June 17th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

‘Orang bela kau pun nak bela’, itulah antara kecaman yang diterima Dato’ Aliff Syukri apabila postingnya di facebook baru-baru ini yang mahu menjual Dodi gara-gara gagal menjinakkan kucing peliharaannya.

Dan terbaru, dua agensi penguatkuasa membuat serbuan selepas menerima aduan Dato’ Aliff mendera kucing itu. Eh apa dah jadi ni?

Aduan orang awam Dato’ Aliff mendera

Pihak berkuasa menyerbu kediaman Dato’ Aliff selepas menerima aduan daripada orang awam mengenai kes penderaan ke atas kucing peliharaannya. Operasi tersebut disertai kira-kira 15 orang anggota Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan

 

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, operasi itu mengambil masa kira-kira sejam untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi.

“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,”

Minta sediakan tempat lebih selesa

Tiada sebarang penderaan dilakukan namun penguatkuasa menasihatkan Dato’ Aliff supaya menyediakan tempat tinggal yang lebih baik untuk Dodi.

“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.

“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,”

Dato’ Aliff walaubagaimanapun agak kesal dengan laporan yang dibuat, malah terkejut dengan serbuan yang dilakukan.

“Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.

“Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya,”

Dengan operasi itu, Aliff berharap segala dakwaan mengatakan beliau mendera kucingnya, yang kini berusia dua tahun lebih dihentikan serta-merta.

sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×