Gara-Gara Terlalu Obses Nak Putih, Kurus & 'Kuat', Gadis Ini Menderita Di Wad ICU - OHBULAN!

berita

Gara-Gara Terlalu Obses Nak Putih, Kurus & ‘Kuat’, Gadis Ini Menderita Di Wad ICU

January 11th, 2017 | by Arini Saleh | 14 comments
150.4K
reads
62.9K
shares
Kini Trending

ohbulan_11jan

Sudah menjadi fitrah setiap orang sukakan kecantikan lebih-lebih lagi wanita. Perkara ini telah membuka peluang kepada orang yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan yang belum tentu selamat. Oleh itu kita sebagai pengguna kenalah bijak, jangan mudah terpedaya dengan testimoni palsu!

Doktor ini kongsi kisah seorang gadis meninggal dunia kerana organ buah pinggang dan hati rosak teruk. Setelah diselidik rupa-rupanya gadis ini telah mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan antaranya ubat kurus, ubat putih, ubat perapat dan sebagainya.

Obses nak cantik – ubat kurus, ubat pemutih, pil perapat

screen-shot-2017-01-10-at-11-46-19-pm

(Sekadar gambar hiasan)

CANTIK

Pernahkah anda buka media sosial tanpa terserempak dengan iklan ubat kurus atau iklan pemutih kulit atau iklan ubat kuat/ ketat?

Tak pernah kan? Itu dah cukup untuk membayangkan betapa obsesnya rakyat kita dengan 3 perkara tadi. Semua nak putih, kurus, ‘kuat’.

Beberapa tahun lalu ada seorang gadis muda dikejarkan ke hospital dengan kerana pengsan di rumah. Dia kemudiannya dimasukkan ke ICU kerana kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang yang amat kritikal.

Pening kami mencari punca bagaimana orang muda yang sihat sebelum ini boleh jatuh sakit sebegini teruk. Sepsis bukan. Trauma pun bukan. Setelah kami tanya ahli keluarganya maka mereka pun berusaha mencari dan menyelongkar ubatan yang diambil oleh gadis tadi di rumah.

Mak aiii… Jangan kata kami terkejut, ahli keluarga dia itu pun terperanjat melihat longgokan ubatan dan suplemen yang diambil secara senyap-senyap oleh gadis tersebut.

Ada ubat kurus, ada minuman pemutih kulit, ada minuman awet muda stem cell, ada pil perapat, ada ubat pembesar payudara, ada pil penambah tenaga. Pendek kata semua ada. Pelik sungguh kerana gadis itu sememangnya dah cantik dan sempurna tubuh badannya. Entah apa yang dimahukan lagi.

Organ hati dan buah pinggang rosak teruk!

screen-shot-2017-01-10-at-11-45-38-pm

(Sekadar gambar hiasan)

Ahli keluarganya bertanya, ubat-ubatan ini semuanya ada nombor kelulusan KKM, takkanlah merbahaya. Lalu kami semak nombor pada semua ubatan tadi. Rupa-rupanya nombor yang tertera dibotol suplemen tadi bukanlah nombor kelulusan KKM, ia cuma nombor pendaftaran sebagai produk makanan saja. Belum lulus sebagai ubat pun lagi! Malah ada diantaranya nombor pendaftaran palsu!

Akibat pengambilan suplemen tersebut, tubuh badannya telah bekerja keras menyahtoksikkan bahan-bahan tersebut sehinggalah organ hati dan buah pinggang menjadi rosak teruk.

Jika rosak buah pinggang, masih boleh dibantu dengan dialisis. Jika rosak hati, tak banyak bantuan yang boleh diberikan. Doktor hanya mampu merehatkan fungsi hati sambil berharap ada sebahagian sel yang akan sembuh sendiri. Selalunya apabila fungsi hati gagal sepenuhnya, bermakna tunggu masa saja untuk berangkat pergi.

Dan itulah yang terjadi pada si gadis tadi. Dia meninggal dunia setelah hampir seminggu bertarung nyawa di ICU.

Sehingga sekarang saya masih terfikir; gadis itu tiada cacat cela pada tubuh badannya. Yang cacat ialah fikirannya, hingga segalanya nampak tak sempurna dimatanya.

Hana Hadzrami
Dah tak lut kalau nak ambil suplemen cantik pun.

sumber : Hana Hadzrami

 

14 Comments

  1. SKA says:

    Terlalu byk ubat-ubatan sekarang ni.. utk muka..aku tepak-tepak bedak sejuk je..kat muka..mak aku buat.gosok-gosok sampai kering..keluarlah sikit daki daki tu. Tapi tak putih bersinar…cuma muka ringan je. Utk badan, biarlah gemuk semula jadi anggaran 70-90kg..jgan lebih. Kalau kurus semulajadipun tak apa. Biarlah asalkan sihat kan.

    • Eza says:

      Besa lah uh.. Zaman sekarang nih sanggup apa je jenis ubat utk kelihatan cantik.. Mereka tahu bila dah terlalu taksub dengan pengambilan pelbagai jenis2 ubat akan dapat kesan sampingan yg lebih teruk lagi.. Lebih baik usaha dgn cara hidup sihat.. Peyakit pon xdpt .. So.. Amal2kanlah cara hidup sihat. SENANG JER BUKAN SUSAH PUN.

      • SENYUM KAMBENG says:

        SAYA DIPAKSA TRY PIL NI..WARNA BIRU PUTIH. RAMAI AHLI2 NYA RECOMMEND PADA SAYA. KATANYA TAK MEMBEBANKAN PENGGUNA. PIL NI KONONNYA MEMBANTU MERINGKAN BEBAS KOS SARA HIDUP. 6 PERSENT JE. ORANG #1 YG SOKONG PIL NI NAMA DIA MAT MASLAN. NAMA PIL NI LAIN TAK BUKAN… PIL G S T !

      • SENYUM KAMBENG says:

        INI KISAH BENAR. SAYA DIPAKSA TRY PIL NI..WARNA BIRU PUTIH. RAMAI AHLI2 NYA RECOMMEND PADA SAYA. KATANYA TAK MEMBEBANKAN PENGGUNA. PIL NI KONONNYA MEMBANTU MERINGKAN BEBAS KOS SARA HIDUP. 6 PERSENT JE. ORANG #1 YG SOKONG PIL NI NAMA DIA MAT MASLAN.

        NAMA PIL NI LAIN TAK BUKAN… PIL G S T !!!

    • Mazrina says:

      zaman skrg ni harus berhati-hati, yunk. x boleh main hentam aje makan benda2 ni. mcm juga google, bukan semua informasi yg ada kita boleh percaya, bukan semua pil baik utk badan kita. tiada jalan pintas nk cerdik, nk kaya dan juga.. nk kurus.

    • gigi besi says:

      ari tu ada baca beras dr china pun skg dicampur dgn plastik dik.
      sebijik mcm beras original. zaman moden ni kena hati2.ingatkn mkn nasi…rupanya mkn plastik. eee…seram.

  2. bidin says:

    mungkin bdk perempuan ni terpengaruh tgk org2 cantik kat laman sosial..tgk org kulit putih gebu dia pun nak..haihhh org putih sibuk nak kulit mcm org asia..yg asia ni sibuk berkejar2 nak putih

  3. L to the O says:

    Yes last time masa buat sesi kaunseling dgn pegawai farmasi dia cerita ada one patient ni rosak buah pinggang Stage 3 nk ke stage 4 dah akibat consume ubat selama setahun. Kesian patient tu muda lagi

    • Nyah says:

      kita tk tahu apa bahan2 yg d campur dalam pil2 tu sume. buah pinggang ni mcm blender pengisar makanan la. kalau benda2 yg “too heavy” motor blender pun akan cepat rosak. payah buah pinggang nk proses benda2 ni. lebih2 lagi zaman skrg. entah apa2 bahan kimia diaorang masukkan. buah pinggang pun dah tk larat kerja keras. pastu organ2 yg lain pun terganggu.

  4. area says:

    Tda mknanya mau cun cun,bila umur meningkat tua,, 1 bdn akn jdi tua,trima la seadanya,lumrah hdupn,,dunia bputar hdup kita pn bputar kmbli,guna la sbaik mungkin msa y d beri,bila2 msa sja kita d pnggl,jgn la mbuat diri kita sndri menderita. Renungkn.

    • SKA says:

      Betul sgt2, ada la dulu2, dlm 5 thn yg lepas, aku pakai ubat penghilang jeragat, famous je nama syarikat tu…kaya raya…tak payah sebut. Aku pakai kos sebulan anggaran RM120.00. Bila pakai wah, dlm 1 ke 2, 3 bulan…memang la jeragat tu dah tak nampak…bersih, cerah muka aku, happy, lepas tu aku pon stop pakai, bila tak pakai dalam 1 bulan, timbul balik, .macam mana ni…(nampaknya kena beli lagi)..byk habis duit. Pas tu aku fikir mcm tipu je..suruh kita pakai sepanjang hayat..Pas tu berhenti jelah…biarlah jeragat tu timbul..Tu yg mak aku suruh pakai BEDAK SEJUK JE…buatan Mak…duitpun jimat. hee..heee…

      • SKA says:

        Utk “PERAPAT”, opah-opah, nenek-nenek, mak-mak ckp, (especialy org kampung), beli je buah majakani, –rebus air dia….dah sejuk, minum je la, ..atau daun sireh yg original, rebus, biarkan suam atau sejuk sikit…sapukan air pada …tu la..(InsyAllah)..rapat kot.. Antara yg diamalkan selepas pantang, atau bukan pantang…org tua-tua kata, utk merapatkan segala yg rengang (Utk dalaman bdn je)…bukan hubungan kekeluargaan atau kawan-kwn yang jauh dirapat-rapatkan….

  5. ina says:

    errrmmm cukup menakutkan….sebab tu semua produk kecantikan yg main telan ni arahannya mesti minum air yg byk…siap ada jumlah air g pada label produk….tapi tak semua org mampu minum air kosong sebanyak tu….
    sy pernah makan marrine collagen harga 200 lebih…manissssss sangatttttt…tapi sy tak minum air ikut arahan….akibatnya sy kena keputihan…..lepas dari tu sy stop terussssss…….x berani…….

    • ... says:

      sama la kita wak. pernah try marine collagen etah apa2 lahabau lahanat kepunden effek dia. rasa miang2 x selesa cam kena ulat bulu. terus stop. alahan teruk doktor kata..celaka betul. sakit hati.. serik buat duit habis je.