berita

Geram Bila Nora Difitnah, Ini Amaran Johan Nawawi Kepada Pengguna Sosial Media Yang ‘Kurang Ajar’

November 23rd, 2016 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

1

Gegarvaganza merupakan salah satu rancangan realiti yang begitu ramai followers. Kerana kebanyakannya ialah dari ‘old timer’ yang mengikuti penyanyi-penyanyi pada ketika dulunya pernah popular. Tapi sejak dari awal lagi ada sesetengah pihak yang tak berpuas hati dengan pemilihan Siti Sarah dan Nora dalam Gegarvaganza 3 ni.

Kontroversi terbaru, bila ada yang mengatakan Nora dapat layanan ‘istimewa’ sebab dapat menukar dari genre dangdut ke genre rock pada minggu keenam konsert Gegarvaganza 3. Tak puas hati dengan tohmahan yang dilemparkan pada Nora, suaminya (Johan Nawawi) tampil beri amaran.

‘Saya akan ambil tindakan undang-undang’

screen-shot-2016-11-23-at-12-04-36-pm

Berikut merupakan foto yang dimuat naik oleh Johan Nawawi di Instagram semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Johan Nawawi akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna laman sosial media yang melemparkan fitnah kepada dia dan juga isterinya, Nora. Dia juga berkata bahawa dia sudah mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mengenai perkara itu.

Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.

‘Tahap memfitnah sangat keterlaluan’

screen-shot-2016-11-23-at-12-05-35-pm

Sebenarnya isu ni tercetus pada minggu lalu bila Nora menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu ke-6 Gegarvaganza. Tambah lagi kurang senang orang ramai bila Nora diberi tugasan untuk menyanyikan lagu sendiri berjudul ‘Sandiwara’ pada minggu ni.

Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa, itu saya okey lagi. Tapi apabila sampai tahap memfitnah itu sangat keterlaluan.

Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut.

Tambah Johan lagi, perkara seperti ini tidak boleh biarkan berterusan kerana ia akan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan anak-anaknya yang turut membaca komen berbaur ‘kurang ajar’ tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×