berita

Gosip Cerai : Ini Bukti Vanidah Imran & Rashidi Masih Bahagia Bersama

October 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

pelakon 3 hari

Haa, ni yang buat kami bengang ni. Siapa kata rumahtangga pasangan merpati dua sejoli, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak sedang dirudung masalah?

Ingat lagi tak beberapa hari lepas kami ada menulis mengenai perkara ini? Alaa, berita kononnya pasangan ini didakwa dah tak tinggal sebumbung tu. Ish ish ish, tak baik tau buat spekulasi.

Artikel Berkaitan : Vanidah Imran Sangkal Dakwaan Bercerai Dengan Rashidi Ishak

Tapi, bila lihat gambar di bawah ni, tersenyum sendiri kami. Memang jelas terpancar keceriaan di wajah Vanidah dan Rashidi yang langsung tak menunjukkan mereka sedang mengalami masalah rumahtangga.

Screen Shot 2014-10-01 at 12.05.40 AM

Baru-baru ni, gosip perceraian mereka timbul apabila mereka berdua kononnya tak lagi dilihat hadir bersama ke beberapa acara. Tapi nampaknya foto yang dimuat naik oleh Sharifah Amani sudah cukup membuktikan bahawa pasangan ini masih serasi bersama.

Malah, di akaun Instagram Rashidi pun masih tertulis ‘Father to 2 gorgeous kids and husband to the most beautiful woman’. Jadi, korang sendiri pun boleh fikir betul atau tidak gosip yang melanda pasangan ini kan?

Beberapa hari yang lepas, Rashidi turut memberitahu bahawa dia dan Vanidah jarang bersama kerana masing-masing memiliki jadual yang padat. Maka, dengan ini tertutuplah segala dakwaan yang melanda.

Screen Shot 2014-09-30 at 11.51.23 PM

Hmm, apapun kami suka tengok Vanidah dan Rashidi. Serasi bersama giteww! So, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Semoga kebahagiaan milik mereka sampai bila-bila. Cewah!

Kredit Foto : Instagram Vanidah Imran & Rashidi

SKIP THIS AD ×