berita

Gosip Cinta Dengan Izreen Azminda : Amar Baharin Lepas ‘Geram’ Di Instagram

June 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

amar

Siapa kat sini penonton tegar drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) di slot Akasia TV3? Mesti ramai yang setuju kalau kami katakan drama tersebut mempunyai aura berbeza dan berjaya mencipta fenomena tersendiri kan?

Tak sangka pula gandingan Amar Baharin dengan Izreen Azminda berjaya mencipta keserasian luarbiasa hingga membuatkan ramai peminat terbawa-bawa dengan percintaan mereka di dalam KTAR.

Tapi yang tak seronoknya, ada desas-desus mengaitkan kemesraan Izreen dan Amar sebagai punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin pada awal Jun lalu.

amar baharin-8

Kalau diperhatikan, dua pelakon ini memang nampak tak kekok langsung untuk berlakon bersama dan mempromosikan drama tersebut di laman sosial dengan menampilkan gambar-gambar oh-so-sweet mereka.

Sampaikan ada yang menegur dan mengatakan Izreen tak menghormati tempoh edah kerana dilihat terlampau mesra dengan Amar.

Menerusi akhbar Metro Ahad pula, hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.

amar baharin-9

Malangnya, Riza dikatakan telah melihat sendiri apa yang tak sepatutnya dilihat sewaktu hadir ke lokasi penggambaran berkenaan dan menceraikan Izreen.

Tapi Amar langsung tak berdiam diri kerana pelakon yang tak kurang handsome itu telah menulis sesuatu di Instagram seperti menyangkal kontroversi tersebut.

Menurut Amar, dia tak perlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.

amar baharin-1

Apapun respon peminat terhadap gosip berkenaan tak seteruk yang dijangka kerana sebenarnya ramai yang mengharapkan Izreen dan Amar betul-betul bercinta di luar set.

Sebenarnya senang je nak tau dorang ni bercinta ke tak. Kalau hubungan Izreen dan Amar dah tak serapat sekarang bila KTAR tamat, maknanya betullah ianya sekadar promosi drama sahaja. Tapi kalau sebaliknya, korang faham-faham sendirilah ya.

SKIP THIS AD ×