Gosip Cinta Dua Pengarah Cuma Palsu, Sekadar Lariskan Filem - OHBULAN!

berita

Gosip Cinta Dua Pengarah Cuma Palsu, Sekadar Lariskan Filem

May 7th, 2012 | by Ai | 6 comments
Isu & Kontroversi

Biasalah dalam industri perfileman, tiada gosip, tiadalah untung. Bukan setakat disitu, bermacam-macam cara sanggup digunakan oleh orang yang terlibat dalam produksi untuk melariskan filem.

Terbaru, bukanlah OHBULAN! mahu sibuk hal seorang pengarah filem yang baru bertatih-tatih ini. Tapi, menyampah bila lihat pengarah yang juga seorang pelakon ini sanggup melakukan pelbagai cara untuk melariskan filem. Pada kami, jika sesebuah filem itu sememangnya berkualiti, tajuk yang tak menarik pun boleh kaut untung berjuta-juta. Betul tak?

Kita bahasakan saja si pengarah baru ini sebagai O. O  ini sebenarnya adalah seorang pelakon dan sebelum ini pernah kecoh dengan gosip dan sekeping gambar dirinya yang hanya memakai kain batik dan mendedahkan bahagian belakang tubuh. Bila ditanya, katanya gambar itu untuk poster filem yang dibintanginya namun telah disalahguna oleh pihak produksi lakonannya apabila gambar itu telah dimanipulasi.

Kini, selepas kisah itu dilupakan, mungkin mahu menggunakan taktik yang sama tapi dengan cara yang berlainan, si Z ini timbul pula dengan gosip cinta bersama seorang pengarah filem box-office, yang juga anak kepada pengarah dan pelakon terkenal. Terasa sedikit jengkel apabila kecoh beberapa hari lepas di beberapa buah laman hiburan tempatan mengatakan si Z ini dipercayai sedang bercinta dengan pengarah filem box-office atau boleh OHBULAN! panggil sebagai T.

Pengarah dan pengarah bercinta? OHBULAN! sendiri masih tertanya-tanya betulkah mereka sedang bercinta? Kalau betul, baguslah. Tapi kalau sekadar direka untuk melariskan filem, bagi OHBULAN!, itu gosip murah. Sedih.

Asal ada saja filem lakonannya, pasti akan ada gosip ‘hangat’ yang OHBULAN! rasa sengaja ditimbulkan demi melariskan jualan filem. Bukan nak kata apa, dulu pun filem lakonannya boleh dikatakan laris. Tapi komen penonton selepas menonton filem lakonannya itu semuanya negatif. Jadi, apa kata anda? Promosi bagai nak rak, filem? Berkerak.

Dalam hati OHBULAN!, biarlah gosip itu nyata dan bukan sekadar rekaan pihak sendiri untuk melariskan filem. Kenapa? Atau memang sudah tahu filem arahan sendiri memang tiada kualiti? Lagi sekali, sedih.

6 Comments

  1. fiza says:

    cerita dah basi..byk dah keluar psl si syamsul yusof ni dgn pelakon baru tu..

    (0)
  2. milah says:

    NAK BENCI NAPE LAK..? BUKAN MEDIA KE YG KUARKAN GOSIP2 NIE..? BKN DIORANG YG SUH KUARKAN PUN..

    (0)