Laman Utama » Berita Terkini

Kami tak endah seketika kisah putus cinta Fasha Sandha & Jejai untuk memberikan laluan kepada kisah putus cinta Farid Kamil & Diana Danielle pula. Ya, kami sudah faham anda sudah bosan dengan cerita pertelingkahan, dan mahu kan sesuatu yang lebih menjurus kepada kebahagiaan. Namun, jari kami tidak dapat menahan untuk memberikan laporan sensasi yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Ketika beramah mesra dengan follower OHBULAN!, pemilik akaun @cutisikit menerjah timeline dengan info yang mendebarkan dada. Kata empunya akaun, “Farid Kamil dah dump Diana Danielle! LoL. Deserves her right!“. Satu ayat yang pendek & padat, meninggalkan 1000 tanda tanya.

OHBULAN! difahamkan, Farid Kamil ucapkan bye bye kepada Diana Danielle kerana lemas dengan perangai dia yang tidak matang. Pemberi maklumat menyatakan, Diana Danielle menunjukkan sikap kebudak-budakkan & merupakan gadis tipikal yang suka mencari gaduh ketika hubungan kedua-dua selebriti ini berlangsung. Fuh, kami nak percaya 100% pun ragu-ragu!

Kami berjaya mendapatkan respon Diana Danielle berkenaan kisah putus cinta dia & Farid Kamil, dan apa yang dinyatakan sedikit berbeza dengan spekulasi gosip, malam tadi.

Menurut Diana Danielle, “Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”

Kemudian kami bertanya sama ada kisah keanak-anakkan seperti yang digosipkan oleh pemberi maklumat tersebut adalah benar atau tidak.

“Itu orang cakap. Saya tak nak comment tentang “cakap orang”. Biarlah :)” – balas Diana Danielle yang tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Setakat ini, kami kenal Diana Danielle sebagai aktres yang paling rajin melayan peminat & sopan membalas semua respon media. Mungkin inilah suratan takdir, jodoh semua di tangan tuhan. Kita merancang, tuhan menentukan. Apa pun, berikan sokongan 100% anda melalui twitter Diana Danielle.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Konsert Jelajah Jason Mraz Di Malaysia Jun 2012, Yay!