Laman Utama » Berita Terkini
Tak habis dengan kontroversi yang dicetuskan sebelum ini di sebuah kelab malam apabila Tasha Shilla dituduh menari ghairah, kali ini selebriti yang sedang meningkat naik ini menjadi buah mulut orang lagi.
Mungkin sebelum ini Tasha menyangkal dakwaan mengenainya menari secara ghairah di sebuah kelab malam di kota Kuala Lumpur. Namun kali ini, apa pula jawapan yang akan diberi Tasha selepas dilihat dalam keadaan yang lebih teruk?
Bukan hendak memfitnah, menurut sumber yang sangat-sangat OHBULAN! percayai, Tasha dipercayai berpacaran bersama seorang VIP di sebuah restoran di Pavilion pada malam Khamis lepas. Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Ratshi, Tasha kelihatan sangat mesra bersama lelaki yang berstatus VIP tersebut dan di meja mereka turut kelihatan air minuman keras.
Namun sedikit mengecewakan disini kerana tiada gambar yang diambil ketika kejadian itu berlaku dan kami dapat rasakan bahawa itu bukan Tasha sebenarnya. Mungkin pelanduk dua serupa? Takkanlah Tasha mahu melakukan perkara sebegitu di tempat umum kan? Dengan alkohol diatas meja, mustahil.
Mari kita tunggu kenyataan dari Tasha selepas ini, harap-harap wanita yang dilihat bersama VIP dan alkohol di atas meja itu hanyalah pelanduk dua serupa.
Update Terbaru
Tasha Shilla telah menjawab dakwaan ini di artikel terbaru mStar Online bertajuk Tasha Shilla Jawab Tuduhan Jalin Hubungan Dengan VIP & Isu Arak.





ala biasalah,artis br nk naik…
mcm2 gosip…betui ke tidak diri sendiri je yg tau..
tp biasalah dh nama pon artis br,mcm2 nk try tuk cr publisiti murahan….
baik ada publisiti murahan… daripada takde publisiti langsung.
Cheap gossip. Next!
no picture, no fault.
artis smua sama je …
xblh pkai lgsung
klu dh masuk dunia artis ni… iman kena kuat! klu tak kuat camnilah jdnya… kehidupan dorg mmg teruk! kdg2 sosial hingga di luar batasan… tp masih ada segelintir yg baik dn masih berada di landasan yg betul….
xheranlah majority artis mmg mcm nie..
ala..dia ni berlakon cam ok…tp foul la kalau mula2 dah gosip2 gini…
chaittt!! bakat x seberapa… gossip je lebeyyy…
dah tau tempat tu ada kencing setan yang ko still nak pegi jugak kenapa sengal? sah2 jawapan ko bimbo dik!
this girl so bosan..
kalau berpacaran tasya, memang banyak pantang larang…
bakuarang ajr la kau ni..ckp artis tk boleh pakai langsung..biadap kau ni