berita

Hafiz Hamidun Ajar Sikap Biadap Band Metal Terbalikkan Bendera Malaysia

March 30th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

SARKASGara-gara tidak dibenarkan membuat persembahan di negara ini, sebuah kumpulan metal dari England, Carcass bertindak memuat naik status di Facebook dengan imej bendera Malaysia dalam keadaan terbalik.

Tindakan kumpulan tersebut nyata menimbulkan kemarahan peminat muzik tempatan yang turut meninggalkan komen pada status tersebut. Tidak mahu maruah negara diperlekeh, Hafiz Hamidun tidak terkecuali memberikan komen yang agak ‘menusuk’.

Saya Gembira Anda Tak Buat Persembahan Di Sini

car

Menerusi ruangan komen status tersebut, Hafiz Hamidun secara lantang mempersoal tindakan kumpulan terbabit namun sebaliknya gembira dengan keputusan kerajaan yang tidak membenarkan Carcass memasuki Malaysia.

Komen daripada Hafiz Hamidun ini turut mendapat perhatian ramai yang rata-rate bersetuju dengan apa yang dinyatakan.

Screen Shot 2015-03-30 at 12.34.30 AM

Iyalah kalau tak puas hati sekali pun tak perlu lah sampai nak terbalikkan bendera negara orang. Disebabkan tindakan tersebut, ramai peminat mereka di Malaysia mula ‘tawar hati’ dan kesal kerana menyokong Carcass selama ini.

Screen Shot 2015-03-30 at 12.36.14 AM

Belum masuk Malaysia lagi dah tunjuk betapa ‘langsi’ mereka ini, nasib baik kerajaan dah sekat awal-awal. Nak sebut pun susah, Carcass ke sarkas?

SKIP THIS AD ×