berita

Hambar & Tak Best Langsung- Masuk Minggu Ke-3, Apa Dah Jadi Dengan Maharaja Lawak Mega 2016?

February 13th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-02-13 at 10.36.03 AM

Dalam sedar tak sedar rancangan realiti kegemaran rakyat Malaysia, Maharaja Lawak Mega 2016 dah masuk minggu ke 3. Tapi bagi kami semua peserta kali ni macam belum tunjuk taring masing-masing lagi. Bukan kami sahaja, malah majoriti penonton MLM 2016 pun luah perasaan yang sama.

Jadi, apa yang menjadikan MLM 2016 hambar walaupun dah masuk minggu ke 3? Hmm.. Rindu nak tengok persembahan Sepah, Shiro, Jambu dan Jozan.

Ramai peserta baru belum masih ‘malu-malu’

Screen Shot 2016-02-13 at 11.30.27 AM

Bukan nak kecam ramai peserta baru untuk MLM kali ni. Tapi kami rasa kesemuanya masih belum tunjuk bakat mereka yang sebenar lagi. Kumpulan Puteh, Chilok, Bora, Kavin dan Reza masih lagi di tahap biasa lagi.

Cuma semalam kami rasa Xola antara kumpulan baru yang kelakar. Boleh la juga buat kami gelak.

‘Otai’ dah hilang taring?

Screen Shot 2016-02-13 at 10.34.00 AM

Screen Shot 2016-02-13 at 10.34.41 AM

Bukannya tak kelakar, tapi kami rasa kumpulan legend seperti LOL, Jaros, Cham dan Bocey boleh buat lagi kelakar dari apa yang mereka persembahkan semalam. Para juri MLM 2016 juga masih menantikan persembahan terbaik dan memorable dari kumpulan ‘otai’ macam mereka tu.

Belum panas lagi kot? Ehemm..

Kebanyakan peserta ‘try hard’ & Kurang Idea

Screen Shot 2016-02-13 at 11.41.24 AM

Semalam buat kali pertamanya pihak MLM 2016 menggunakan tema untuk minggu ke-3, iaitu tema Bollywood. Al maklumlah sejak filem Dilwale meletup ni, demam Bollywood kembali melanda.

Rata-ratanya kebanyakan persembahan menggunakan idea yang sama. Lelaki pakai menyerupai perempuan dan menggunakan soundtrack dari filem Bollywood yang sama.

Juri kurang ‘sense of humor’?

Screen Shot 2016-02-13 at 10.56.33 AM

Screen Shot 2016-02-13 at 10.57.08 AM

Screen Shot 2016-02-13 at 10.58.59 AM

Bila lihat FB dan Twitter semalam ada juga sesetengah yang tak bersependapat dengan para juri. Ada yang lawak bagi markah sikit, manakala yang tak kelakar, hambar dan ‘krik-krik’ tu pula dibagi markah lebih.

Salah satu contohnya ialah dari persembahan XOLA dan Reza. Bagi kami persembahan mereka semalam tidak lah mengecewakan malah mereka menunjukkan peningkatan dan buktikan mampu untuk bersaing dengan pelawak-pelawak legend.

Walaubagaimana pun, itu hanya lah pendapat peribadi kami sebagai penonton. Macam anda semua juga. Bagaimana pula dengan anda?

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×