Hamil Lagi, Adakah Christina Akan Batalkan Kedatangannya Ke Malaysia Mac Ini? - OHBULAN!

berita

Hamil Lagi, Adakah Christina Akan Batalkan Kedatangannya Ke Malaysia Mac Ini?

February 21st, 2014 | by Yusmirnadia | 11 comments
Isu & Kontroversi

Christina-Aguilera-900x1600

Pastinya ramai yang sudah meloncat kegembiraan apabila kami mengeluarkan berita mengenai kehadiran Christina Aguilera di konsert Twin Towers @Live 2014 sekitar minggu lepas.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi, konsert tahunan yang diadakan secara percuma itu akan berlangsung pada 28 dan 29 Mac 2014 di Plaza Petronas, KLCC.

Menurut penganjurnya, Live At Work, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Say Something itu akan menghiburkan para peminat di Malaysia menerusi persembahannya selama 75 minit.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, memandangkan Christina kini dikhabarkan sedang hamil anak kedua, timbul pula kegusaran di kalangan peminat tempatan yang risau sekiranya penyanyi itu tidak jadi datang ke Malaysia.

838d

Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana Beyonce juga pernah membatalkan persembahannya di Belgium gara-gara dehidrasi dan kepenatan terlampau dipercayai akibat simptom kehamilan. Namun khabar angin tersebut disangkal oleh Beyonce dan Jay-Z sendiri.

Meskipun usia kandungan Christina masih belum disahkan lagi, namun bekas juri The Voice ini dikatakan sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinan dengan tunangnya, Matt Rutler.

Buat yang sudah bercita-cita untuk ke Twin Towers @Live 2014, jangan risau kerana selagi masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak penganjur mengenai pengunduran penyanyi itu, maka besar kemungkinan persembahannya akan tetap diteruskan.

Sementara itu, jom layan dulu MV Say Something di bawah ini. Semoga terhibur!

Sumber: TMZ

11 Comments

  1. agogo says:

    dia ni salah sowg ejen illuminati@freemason…so rasenye xyah dtg pun xpe kot..xdialu alukan

    (0)
  2. senahtonggeng says:

    agogo2 . . . Pee la kaw neyh . Komen pape tah . Lantak dy la na dtg snie . pee kaw kesah ?

    (0)
  3. Bedah says:

    Dia ada jin dalam botol. bahaya kalau datang! hahaahhahahahah

    (0)
  4. sotong kongkang says:

    elok la 2 jemput bala datang malaysia…
    sekarang ni tengah musim panas boleh la buka semua baju nak kurangkan panas…

    (0)
  5. Miss Apa Nak Jadi says:

    Ntah la nak kata apa…kalau ada yang cakap surih batalkan and tak nak dia datang, dikatakan jumud, otak tertutup, pemikiran sempit ngan tak bersifat terbuka dengan hiburan global. Tapi kalau dah buat dan berani jemput superstar kelas A ke sini, pastu konsertnya free pulak, tertanya2 gak la berapa tinggi kos yang dibayar pada Christina. Tu belum promosi, accommodation, food, sound system etc yang semestinya berkelas dunia. Nak salahkan artis tak boleh, namanya pun dah di jemput dan dibayar. Apa salahnya kalau perbelanjaan besar ni disalurkan pada rakyat marhaen (dalam pelbagai bentuk dan cara); yang semakin berkerut rupa dan hatinya, yang semakin koyak poket dan jiwanya. Just my humble opinion though. Wallahualam :)

    (0)
  6. Malasia Propa says:

    Eleh Christina nak datang Malaysia korang dah kata bala. Sexy sikit kata bala. Sedangkan artis tempatan sendiri seksi bagai apa tak pula bala. Malaysia ni eksen je lebih. Tak nak seksi baik semua pakai tudung labuh sampai ke bahu yer..tak yah feeling nak lilit ke feeling rambut panjang berjela atau nak letak kasi tinggi ke turban ke..Feeling jer. Yang seeloknya tudung labuh ke bahu. Takde nak fit fit ikut bentuk badan …Yang tu tak pula korang kata bala. Haih Malasia ni tak cukup cermin agaknya.

    (0)
    • mat says:

      kalau dah malaysia mcm tu.. kenapa nak lagi terukkan? baik ajak semua org kapir buat konsert dkt sini biar malaysia tenggelam terus.. :V dah buruk jgn diburukkan lagi.. Err.. pikir sebelum type.

      (0)
    • haris says:

      Malaysia ni tnggu turn aje nak kena bala sbnrnya, kebanyakan org kt sini komen just na menyedarkan org ramai yg bala Allah akan dtg bila2 mase je… so ko tak yah nak perli pemikiran org Malaysia la, da mmg org Malaysia jnis x sedar diri kebanyakannya.

      (0)