berita

Hampir Ditembak & Dianggap Terrorist, Wanita Ini Tempuh Cabaran Berhijab Di Negara Barat

July 27th, 2016 | by Ai
Kini Trending

wanita-muslim-ilustrasi-_120503210205-254

Berhijab di negara yang mana populasi masyarakat Muslimnya adalah minoriti bukanlah mudah. Apatah lagi apabila masih wujud mindset bahawa orang Islam merupakan terrorist ataupun pengganas.

Seperti kisah seorang wanita Melayu yang melanjutkan pelajaran di sebuah negarat Barat ini. Pelbagai kecaman diterima olehnya, lebih-lebih lagi setelah berlakunya tragedi Paris diserang ‘terrorist’ pada November 2015. Timbul rasa takut dan tidak selamat untuk berhijab dalam dirinya. Bagaimanakah gadis ini mempertahankan prinsip agamanya dalam persekitaran tersebut?

Pakai Tudung Kerana Allah…

hijab

(Sekadar Gambar Hiasan)

Assalamualaikum, saja nak share kisah yang mungkin agak panjang tapi akan cuba dipendekkan. Aku merupakan pelajar perubatan di luar negara. Sepanjang berada di negara minoriti muslim ni, aku rilex je, takde masalah-masalah yang complicated Alhamdulillah. Biasalah untuk student oversea ni, akan ambik masa untuk adapt dengan suasana uni, language, cuaca and untuk muslim terutamanya, persepsi dan pandangan masyarakat bila kita muncul ditengah-tengah masyarakat dengan ‘hijab/tudung’.

Teringat masa tahun pertama, masa tu aku join satu program di masjid tempatan. Kecil je masjid kat tempat aku belajar ni. Best jugak sebab dapat jumpa muslim dari negara lain. Masa makan, aku duduk semeja dengan sorang makcik dari Palestin dan anak kecilnya. Dia baru berhijrah kenegara ni disebabkan kemelut di negaranya. Sedang berbual-bual dia tanya aku (semua perbualan dalam English dah diterjemakan ke BM), “Kenapa awak pakai hijab ni?” Aku terkebil-kebil pandang dia sebab aku ni jenis yang kalau jawab soalan orang, kalau boleh nak ikut tujuan dia tanya, contoh kalau dia provoke, ada cara untuk kita handle. Tapi yang aku pelik, makcik ni pun berhijab penuh dan aku tak rasa dia nak provoke. Mungkin lama sangat tunggu jawapan and dia tengok aku macam blur, dia jawab, “Mestilah sebab Allah, sebab tu walaupun awak jauh dari pandangan mak ayah, awak tetap berhijab. Allah di sini dan Allah di Malaysia kan sama. Kalau awak pakai sebab parents, mesti awak dah bebas sekarang, sebab kalau awak nak bukak tudung pun bukan diorng tahu. Mesti awak buat sebab Allah”.

Aku termalu sendiri. Setelah itu, makcik tu meluahkan rasa kagum dengan anak-anak Malaysia yang katanya kebiasaannya masih menutup aurat sempurna walaupun berada di negara asing minoriti islam. Bukan sekali, malah pernah ada kawan dari Iran meluahkan perkara yang sama. Dia juga kagum kerana katanya walaupun dinegaranya, hijab diwajibkan kepada semua wanita, kebanyakkan yang berhijrah ke negara luar akan mula merasa kebebasan dari ‘undang-undang negara’ dan membuka aurat. Sejak itu, perjalanan hidup aku di negara asing ini berubah. Bukan sekadar mahu menggenggam sugulung ijazah, aku nak cari erti hidup sebenar dan nak lebih mengenal “Allah yang sama” yang dimaksudkan makcik tu.

Cabaran Muslim Berhijab Di Negara Asing…

Hijab tak pernah menjadi masalah untuk aku sepanjang berada di negara ini. Aku berkawan baik dengan classmate non-muslim, malah aktif mengikuti program kelab islam yang ada kalanya memerlukan aku bercerita mengenai hijab kepada mereka. Pendek kata, aku ‘confident’ untuk tampil berhijab ditengah-tengah masyarakat yang mungkin tak pernah tahu pun pasal islam.

Tapi, semuanya berubah. Pada November 2015, berlaku serangan oleh ‘terrorist’ di Paris. Sehari selepas kejadian, bila tengok FB, ramai rakan-rakan non-muslim mengubah profile picture berlatar belakangkan bendera Paris, tanda berkabung dan sokongan moral terhadap peristiwa itu. Entah kenapa, hati aku tiba-tiba jadi takut yang amat sangat, berbagai persoalan timbul. Adakah diorang akan anggap aku terrorist? Diorang dah tak nak kawan dengan aku ke sebab ingat aku pun jahat? Mesti diorang suspek ada bom dalam bag aku?

Masa tu, aku tengah rotation Psychiatry pulak tu. Ditakdirkan Allah, disaat orang lain semua ada partner attachment, aku sorang diri! Aku kena attach dengan seorang consultant psych ni sorang-sorang. Ingat lagi hari pertama jumpa Dr.V ni masa dalam Multidisciplinary Team (MDT) meeting. Dalam perubatan , ahli-ahli MDT ni akan duduk bincang pasal sorang-sorang patient, apa penyakitnya dan apa rawatan yang perlu diambil. Boleh tak, salah satu conclusion kepada meeting hari tu adalah “Semakin ramai patient kita yang ada hallucination berkenaan dengan TERORRIST ( T)”. Once diorng sebut je perkataan T tu, entah kenapa aku rasa bersalah dan rasa macam akulah T tersebut dan akulah punca kepada hallucination pesakit-pesakit tu. Maka aku tunduk je sampai meeting habis. Takut nak angkat muka pandang orang lain. Dah lah obviously aku sorang je pakai tudung dalam meeting meja bulat tu.

Dianggap Terrorist!

Bulan tu automatik menjadi bulan paling tension buat aku. Dah la sorang-sorang, hari-hari kena jumpa pesakit-pesakir yang ada mental illness pulak tu. Aku punya takut sampai jalan kaki nak ke hospital, aku akan pakai hoodie sentiasa walaupun tak hujan, dengan harapan orang tak dapat detect yang aku pakai hijab. Aku sengaja pilih tudung colour malap-malap je bila nak jumpa patient-patient nih. Sebab aku dah ada bayangan dah, seolah-olah diorang ni akan serang aku bila nampak aku pakai hijab sebab ingat aku T. Sampai tido pun termimpi-mimpi. Pernah sekali ni aku mimpi yang aku ada kat sebuah negara ala-ala Palestin, yang mana tentera dia akan bunuh semua orang islam, dan perempuan yang pakai hijab sebab obviously lah islam. Dalam mimpi tu, aku cadangkan kat kawan-kawan untuk bukak tudung sebab darurat. Tapi kami memilih untuk tsabat (teguh pendirian) dan akhirnya kami dikepung. Aku terjaga dari tidur bila muncung senapang tu betul-betul depan muka. Nampak tak aku punya hati yang makin mengecut sejak Paris attack tu. Aku pun confuse, adakah aku yang ada mental illness???

Pernah sekali aku sorang2 kat town balik hospital, ada sorang lelaki besar sgt badan dia dtg dekat sgt dengan aku. Dia sentuh tudung aku dengan muka yang bengis dan tanya “Apa yang awak pakai ni?”. Aku pun jawab jelah “Hijab”. Dia tanya lagi kenapa aku pakai, aku pun dengan ‘confident’(dalam hati redha dan harap Allah lindung) “Because I’m a Muslim”. Muka dia tiba2 berubah dan Tanya lagi, “Oooo, muslim? Terrorist?”. Aku pandang jauh dalam mata dia dan rasa kesian, sbb aku tahu banyak non-muslim negara ini yang hanya tahu TERORRIST=ISLAM. Itu apa yg media tampilkan. Aku kesal sbb tak pernah usaha sungguh2 untuk terangkan kepada mereka islam yg sebenar. Ohh, aku selamat je lps tu sbb lelaki ni mabuk sebenarnya, dia pergi kacau org lain pulak lps tu. Dan aku pun terlepas peluang untuk terang lebih lg sbb org kalau dah mabuk, memang payah lah layan.

Dinasihati Atuk K

Satu hari, aku jumpa sorang pesakit ni, dia ada Bipolar Affective Disorder (BPAD). Aku namakan dia J. Susah sebenarnya nak built rapport dengan pesakit-pesakit mental problem ni. Awal-awal tu J banyak nangis je dan keep saying that “ Aku kena kurung je kat sini (hospital sakit jiwa), diorang semua bukan boleh tolong aku, kau pun mesti tak boleh tolong aku jugak”. Lama-lama bersembang, baru J mula bukak cerita sikit-sikit. Untuk pengetahuan, dulu-dulu aku pernah terlibat dengan Deliberate Self-Harm (DSH), tapi aku sembuh lepas buat solat taubat dan tahu Allah sentiasa ada dengan kita, tak serious sampai kena jumpa doktor pun. So, aku mudah faham dan menjiwai bila bercakap dengan pesakit-pesakit ni. Lepas hampir 45min ‘clerk’ patient ni, aku keluar dan semak fail dia pulak. Pada aku, takde apa yang istimewa sgt hari ini, macam biasa je, pergi hospital, ward round dan clerk patient.

Minggu terakhir rotation, aku memilih untuk naik bas ke hospital sebab cuaca makin sejuk dan siang makin pendek. Aku tunggu bas depan rumah sambil baca buku. Tiba-tiba datang Atuk K. Sebab dah lama tak naik bas, aku dah lama tak jumpa Atuk K yang aku dah anggap macam atuk sendiri. Dulu masa rotation klinik, berminggu-minggu aku naik bas yang sama setiap hari dan selalu jumpa dia. Dia dah tahu aku student medic dari Malaysia yang tinggal jauh dari family. Aku seronok jumpa dia sbb dia akan bagi semangat ala atuk-atuk. Hari tu kami berbual lagi macam biasa. Banyak perihal diri nak update setelah lama tak jumpa. Tiba-tiba Atuk K pandang aku dengan wajah simpati dan cakap “Nak, awak belajar lah sungguh-sungguh. Jangan hiraukan sesetengah orang yang ego dan memilih. Masih ramai lagi pesakit kat luar sana yang tak kisah siapa doctor yang merawat dia, tak kisah warna kulit, bangsa dan agama. Yang penting awak tahu kerja awak, semua akan OK. Sebab ‘belief’ is in here (sambil letak tapak tangan dia ke dada).” Aku mcm biasa blur sikit kenapa tiba-tiba dia raisekan isu tu, tapi baru aku teringat minggu lepas heboh kes sorang pesakit menolak daripada dirawat oleh doktor muslim. Aku terharu dan cepat-cepat mintak Atuk K ulang lagi kata-kata dia, dan berakhir lagi dengan “Sebab belief is in here”, dengan tapak tangannya sekali lagi diletakkan kedada. Kadang-kadang aku hairan, kata-kata dari seorang yang tak tahu sangat pasal islam itulah yg memulihkan semangat aku yang dah kecut kering ni.

Walaupun semakin banyak berita negatif pasal muslim dan islam, tanpa dipinta, dia masih mahu beri aku dorongan untuk terus kuat menuntut ilmu di negara asing ni :’)  Benarlah, rahmat Allah itu luas. Beberapa bulan berlalu, aku berjaya mengharungi rotation psych berseorangan di musim dingin yg mencengkam ini. Semangat aku kian pulih, malah aku makin izzah dengan islam dan dengan hijab yang dipakai. Hijab bukan lagi satu simbolik bagi aku, tapi tanda kepatuhan dan kasih sayang seorang muslimah kepada Allah SWT. Aku sentiasa doakan agar kita semua tsabat dalam memilih jalan untuk menjadi hamba yang berserah diri. Sungguh, memilih untuk menjadi muslim pada akhir zaman ini ibarat mengenggam bara api, digenggam terasa sakit, tapi kalau dilepaskan, maka terpadamlah…

Pesakit Non-Muslim Temui Rahmat Dan Ketenangan Islam…

Oh ya, kenapa aku selitkan juga kisah pertemuan aku dengan J? Beberapa bulan selepas musim sejuk berakhir, ketika aku bersama 2 orang lagi rakan sekuliah sedang berjalan dihadapan gereja yg terdapat dalam hospital, seorang wanita memanggil kami. Aku seakan mengenali wanita ini, tp tak cam sangat, so aku anggap maybe dia salah seorang patient yg aku pernah ‘clerk’. Kami risau sbb gaya wanita itu seolah-olah marah dan cemas. Dia cakap lebih kurang macam ni, “Beberapa minggu lepas, saya ada jumpa dan bercakap dengan kawan awak semua. Dia macam awak ni lah, pakai hijab ni. Saya lega dan tenang dapat bercakap dgn dia. Sebenarnya, saya ada penyakit yg amat kronik, penyakit ni serious, saya nak mintak sangat-sangat awak semua doakan saya selepas solat awak. Nama penuh saya ialah ni……… Please3x, sebut nama penuh saya dalam doa awak semua, mintak Dia sembuhkan saya. Sekarang, saya pun nak masuk gereja ni untuk berdoa”. Dia pandang dengan penuh berharap. Kawan saya membalas “Ya, ya. Kami pasti doakan awak. Tapi kalau awk tak keberatan, boleh kami tahu penyakit awak?”. Dia jawab “BPAD” sambil bergegas masuk gereja dengan wajah gelisah (kebiasaan pesakit BPAD).

Pulang ke rumah, aku rujuk buku nota psych yg dah berhabuk, dan ternyata wanita itu adalah J. Aku sentiasa doakan J sembuh dari segala ujian yang membelenggu, dan tak salah kan untuk kita doakan hidayah Allah untuk semua insan yg kita sayang? Tak pernah aku sangka, saat aku diuji dengan keiman dan keislaman, saat aku goyah, saat islam dihina, dicerca dan dibenci, masih ada insan kerdil lain yang Allah izinkan menemui rahmat dan ketenangan dalam islam. Terima kasih Allah kerana menghadirkan J dalam hidup aku walaupun sekejap, mewarnai perjalan aku dalam usaha untuk menemui Engkau. Kepada kita yang sedia lahir sebagai muslim, jom teruskan usaha mencari kebenaran dan belajar, bukan kerana kita tak cukup yakin, tapi sebagai asbab untuk menguatkan keimanan.

– cucu Atuk K

Sumber: IIUMC

SKIP THIS AD ×