Handphone Gempak, Pelan Postpaid Super Berbaloi & Waranti 6 Bulan Untuk Skrin. Semua Ni RM78 Je Sebulan...Biar Betul Bro? - OHBULAN!

berita

Handphone Gempak, Pelan Postpaid Super Berbaloi & Waranti 6 Bulan Untuk Skrin. Semua Ni RM78 Je Sebulan…Biar Betul Bro?

March 15th, 2017 | by Nabihah | 1 comments
33.7K
reads
685
shares
Kini Trending

Maxis_NeXT_thumb

Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak pakai handphone mahal kan? Yelah barulah gempak. Tapi sekarang ni susah betul nak cari telco yang bagi handphone canggih yang korang suka lengkap dengan data plan yang murah.

Memang la banyak telco yang bagi pakej-pakej data plan yang murah, tapi selalunya handphone dia tu mesti bukan taste korang kan. Kalau ada yang bagi handphone canggih, mesti data plan dia pulak mahal. Hish..pening betul nak pilih.

Korang jangan risau, sebab sekarang ni Maxis  dah launching pakej terbaru yang murah, rendah, lengkap dengan handphone canggih dan banyak lagi! Mesti korang tak percaya kan. Jom tengok pakej hebat Maxis ni.

Handphone 4G NeXT M1 Berprestasi Tinggi. Cool!

giphy (3)

Maxis sekarang dah keluarkan handphone brand diorang sendiri nama dia NeXT M1. Serius handphone ni cool tau! Nak tahu apa kelebihan handphone ni? Check this out!

1)  Ada jaminan 24 bulan termasuklah jaminan 1-dengan-1

2) Dilengkapi dengan pemproses octo-core MediaTek MT6755M dengan RAM seluas 2GB.

3) Kamera 15MP Autofocus untuk imej yang jelas 

4) Mampu memproses dokumen dan strim video serta apa sahaja yang korang mahu

5) Memiliki paparan skrin HD sebesar 5.5”

6) Menggunakan Android 6 Marshmallow

Apa macam? Power kan NeXT M1 by Maxis ni. Ada lagi yang power. Jom tengok..

Waranti 6 Bulan Untuk Skrin Retak. Cool weh!

Screen Shot 2017-03-13 at 12.51.04 PM

Masalah skrin handphone retak ni boleh kata masalah biasa la bagi korang kan. Lebih-lebih lagi untuk korang yang memang aktif kesana-sini tu. Handphone pulak memang 24 jam dalam poket seluar. Sedar-sedar jatuh then skrin dah retak. Arghhhh!

Takpe..jangan risau, sebab Maxis NeXT ada tawarkan jaminan 6 bulan pertama untuk skrin handphone yang retak. So, korang tak payah dah nak keluar duit untuk ganti skrin baru. Jimat duit, hati pun senang!

15MP Autofocus Kamera!

selfie570

Handphone ni boleh kata dah jadi sebahagian dari hidup kita kan. Memang melekat je phone ni kat tangan. Sama la jugak macam kamera. Korang kalau nak beli handphone mesti fussy pasal kamera kan. Yela, mesti kita nak memori-memori yang kita rakam tu cantik je tersimpan.

Korang tak perlu risau dah, sebab dengan NeXT M1 yang dilengkapi 15MP autofocus kamera ni korang boleh  capture semua moment-moment best yang jadi dalam hidup korang. Lagi satu, tak payah takut dah kalau tengah tangkap gambar tu handphone jatuh, sebab jaminan 6 bulan untuk skrin retak kan ada! Best kot..

Tengok YouTube HD tak payah buffer!

giphy (1)

Mesti korang selalu stress kan, bila tengah syok layan video kat YouTube tiba-tiba data slow. Kacau betul lah. Jangan terkejut, sebab Maxis NeXT ni jugak ada tawarkan rangkaian 4G berkelajuan 86% yang memang sangat laju! Tak payah stress tunggu video loading.

Dah la data laju, lepas tu skrin telefon besar pulak tu. Memang puas hati. Haa..boleh la korang layan drama sampai esok pagi. Haha!

Pakej All In One Yang Korang Mesti Grab!

Screen Shot 2017-03-13 at 12.58.53 PM

So, best ke tak pakej Maxis NeXT ni? Mestilah best gila. Untuk korang yang malas nak fikir panjang untuk cari pakej data plan murah sekali dengan handphone tu, pakej ni memang sesuai untuk korang!

Dah la cuma RM78 sebulan, dapat handphone power, data plan yang super jimat, siap dengan jaminan 24 bulan dan 6 bulan skrin retak pulak tu. Ishh.. rugi betul kalau korang lepaskan peluang ni.

So apa lagi, cepat layari NeXT By Maxis untuk maklumat lanjut.

 

One Comment

  1. Orang Melayu High Class says:

    jangan beli …handphone cap ayam, sampah .
    …jaga standard org melayu pakai iphone 7