berita

Hanez Suraya Ditendang

October 28th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-28 at 11.22.38 AM

Baru-baru ni kami perasan juga yang Hanez Suraya ada memuatnaik beberapa keping foto dirinya yang sudah memulakan penggambaran telefilem berjudul ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’.

Foto yang dimuat naik itu jelas menunjukkan bahawa wajah Hanez gembira kerana sudah dapat kembali berlakon setelah berbulan-bulan digam pihak produksi kerana isu bercinta dengan suami orang.

Namun, kami agak terkejut apabila mendapat tahu rupa-rupanya Hanez telah ditendang daripada telefilem tersebut dan wataknya juga telah digantikan dengan pelakon lain. Eh. Kenapa pula?

Screen Shot 2014-10-28 at 11.23.06 AM

Sebenarnya saya dah mula berlakon untuk telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan bahawa watak saya digantikan dengan orang lain.

Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya terpaksa ditukar dengan orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya.

Screen Shot 2014-10-28 at 11.22.47 AM

Rasa kasihan pula dengan nasib yang menimpa pelakon ni. Kami pun tak tahu sampai bila Hanez akan di’blacklist‘ daripada bidang lakonan. Bila kami jengah laman Instagramnya, Hanez telahpun memadamkan foto-foto tersebut.

Dalam pada itu, kami ada menerima screenshot perbualan Hanez dengan pengarah drama ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’ yeng menyarankan agar Hanez berlakon di Indonesia.

Screen Shot 2014-10-28 at 11.58.14 AM

Namun, kami percaya pihak produksi juga ada sebab yang kukuh untuk bertindak sedemikian. Mungkin mereka takut produk yang dihasilkan tidak mahu ditonton apabila Hanez berlakon kot?

Sumber: KOSMO

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×