berita

Hansaegee Tampilkan Wajah Bersih Bak Artis Korea Dengan 2 Langkah

July 11th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Saya merupakan seorang yang sangat peka dengan kecantikan dan kesempurnaan kulit wajah. Walau bagaimanapun, kehadiran bintik-bintik hitam pada wajah sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai, terutamanya ketika berjumpa selebriti atau rakan wartawan. Jadi, saya telah mencari satu alternatif baru untuk menghindarkan benda asing yang tak diundang ini daripada wajah.

Nak tau produk apa saya gunakan untuk menghilangkan benda asing ini? Ha, ini dia produk terbaru, terkini dan sensasi di pasaran iaitu Hansaegee Nature.

Dikenali sebagai “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack”, produk magik ini mampu menanggalkan bintik-bintik hitam dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan terutamanya di bahagian hidung. Cara penggunaannya hanya melalui dua langkah mudah, iaitu :

Langkah pertama, gunakan “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Mask”. Produk ini untuk menanggalkan bintik-bintik hitam pada hidung.

Begini rupanya kondisi “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Mask” sebelum ditanggalkan daripada plastik lutsinar.

Basahkan bahagian hidung anda dengan air dan tampalkan “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Mask” pada hidung dan biarkan ia kering dalam lingkungan masa 10 – 15 minit.

Taraa… ini hasilnya selepas “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Mask” ditanggalkan. Ia menunjukkan gumpalan bintik-bintik hitam dan lemak terperangkap yang selama ini membiak di bahagian bawah kulit hidung saya.

Langkah kedua, saya gunakan “Pore Stamping Serum” bagi mengecilkan semula liang-liang pori yang mengembang berpunca daripada penggunaan Nose Mask tadi.

Beginilah rupa bentuk tiub “Pore Stamping Serum” sebelum diaplikasikan pada bahagian rawatan tadi.      

Selepas meratakan”Pore Stamping Serum”, kulit hidung saya lebih segar tanpa bintik hitam yang menjengkelkan lagi.

Harga untuk set produk ini amat berpatutan, ia hanya RM37.00 sahaja. Murahkan?

Ok. Untuk hasil yang lebih memberangsangkan, saya turut memakai set topeng muka agaib dari Hansaegee Nature.

Saya telah menggunakan set topeng muka “Beauty Clinic Masks”. Set ini sebenarnya mengandungi enam jenis topeng iaitu N.M.F Aquaring Ampoule Mask, I.P.I Lightmax Ampoule Mask, Collagen Impact Essential Mask, Platinum V-Lift Essential Mask, Teatree Healing Solution Essential Mask dan Vita Lightbeam Essential Mask.

Dalam banyak-banyak topeng muka tersebut, saya paling suka gunakan topeng I.P.I Lightmax Ampoule Mask dan Vita Lightbeam Essential Mask.

Saya suka menggunakan topeng I.P.I Lightmax Ampoule Mask kerana ia mampu meningkatkan kecerahan, kelembapan dan kekusaman kulit wajah. Maklum sahajalah, bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin membuatkan kulit saya kering dan kusam. Sebab itulah saya menggunakan I.P.I Lightmax Ampoule Mask ini untuk stabilkan semula kelembapan kulit wajah.

Dengan cuaca Malaysia yang sekarang ini sentiasa panas dan pencemaran pula berleluasa membuatkan kulit saya sering terdedah dengan pancaran matahari dan kekotoran. Mana tidaknya, asap kenderaan yang berkepul-kepul boleh menyebabkan kulit muka berminyak dan berdebu. Untuk mengatasi masalah ini saya telah menggunakan topeng muka jenis Vita Lightbeam Essential Mask. topeng ini mampu memberikan kesan kecerahan dan kebersihan kulit yang efektif. Saya sukeee!!!

Melalui pemakaian kedua-dua topeng ini secara konsisten, membuatkan kulit wajah saya sentiasa kekal cerah berseri, lembap dan tidak kusam lagi. Saya syorkan bagi individu yang mengalami masalah kulit, harus mencuba produk buatan Korea ini. Siapa tahu boleh dapat kulit cantik macam artis-artis Korea. Anda juga yang untung.

Para wanita di luar sana yang ingin dapatkan produk kecantikan Korea dari Hansaegee ini, anda boleh dapatkannya secara online menerusi Hansaegee Nature di  www.hansaegee.com atau www.hansaegee.com.my.  Selain itu, anda juga boleh terus email kepada pihak pengedar produk ini di [email protected] dan [email protected] atau hubungi terus di talian 03-6207 1524. Alternatif lain, anda juga boleh layari facebook di www.facebook.com/HansaegeeNature.

SKIP THIS AD ×