berita

Hanya Bawa 20 Sen & Jual Jeruk Mangga Bantu Keluarga, Datuk Aliff Syukri Kongsi Kisah Sewaktu Kecil

December 3rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_alifsyukri

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan muda, Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ ini. Beliau merupakan salah seorang jutawan melayu yang berjaya dan menjadi kebanggaan semua. Namun, kejayaannya tak datang dengan mudah.

Datuk Aliff bersusah payah selama 8 tahun baru merasa kesenangan tau. Dan semasa kecil, beliau hanya bawa 20 sen duit belanja ke sekolah. Dek kerana kesempitan hidup, tiba-tiba datang ilham nak jual jeruk mempelam pula. Kecil-kecil dah pandai berniaga ye Datuk Aliff ni.

Hanya bawa wang saku 20 sen ke sekolah

15241939_1116950811755594_7533661555978064585_n

Ini kisah benar tentang saya

Abah saya seorang yang amat baik. Tiada yang salah tentangnya. Dialah yang menyara keluarga sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM700 sejak kecil. Meskipun hidup saya tidaklah seberapa selesa berbanding rakan yang lain. Siap dapat RMT time tu. Cuma kerana kerana kemiskinan dan pendapatan bulanan kurang menjanjikan, maka dia memberi sekadar yang termampu ke tangan nenek. Seingat saya abah beri RM80 sebulan untuk 3 orang adik beradik saya kepada nenek. Sebab dulu saya duduk dengan nenek di parit 13 Sungai Nibong Sabak Bernam.

Cuba anda bayangkan

Bayangkan ketika umur saya darjah 1-3 dan anak-anak sezaman saya membawa wang belanja 50 sen ke sekolah. Saya hanya membawa wang saku 20 sen setiap hari dan ketika mereka ada keluarga saya duduk dirumah nenek dek kerana mak ayah saya bercerai.

Jual jeruk mempelam untuk duit lebih

15232181_1120072504776758_7786453845318304137_n

Bagaimana saya mengurus wang 20 sen itu? Jika sudah membeli sebiji kuih berharga 20 sen, maka saya harus bertahan jika kehausan. Jika sudah membeli air berharga 20 sen, maka saya harus bersabar menahan kelaparan. Lalu saya berazam mencari wang. Bukan semata-mata memenuhi saku sendiri, namun dengan azam mahu menyenangkan nenek. Kebetulan di rumah nenek ada banyak pokok mangga dan jambu. Maka datanglah ilham meramu jeruk mempelam untuk dijual.

Dari semangat ini lah saya berjuang untuk bisnes walaupun agak payah. Saya lihat ramai anak anak muda muda sekarang cenderung untuk cuba bisnes. Tetapi tidak sanggup menerima cabaran dan kesusahan. Kebanyakannya mahu “kaya cepat” tanpa perlu rasa jerih perih perniagaan. Saya merasa kesenangan setelah hampir 8 tahun bersusah payah. Bermula dari bawah, susah payah semua dirasa.

Panjang ya saya membebel hari ni. Eehh korang baca sampai habis lah?? Boleh saya tahu berapa ramai yang suka saya sharekan pengalaman saya??

Sumber : Aliff Syukri Terlajak Laris

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×