berita

Hanya Nyanyi Depan Wanita – Mizz Nina

January 28th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-28 at 12.24.20 AM

Ramai peminat memberi komen yang memberangsangkan buat Mizz Nina apabila dia memutuskan untuk terus berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji bersama suaminya pada tahun lalu.

Suaminya, Noh, yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan turut memberikan sokongan terhadap keputusan isterinya itu.

Artikel Berkaitan: Noh Tak Paksa Mizz Nina Berubah Secara Drastik

Terkini, melalui laporan Kosmo!, Mizz Nina yang baru sahaja berlepas ke Mekah semalam untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya itu turut memberitahu bahawa dirinya juga berhasrat mahu berhenti menyanyi.

Screen Shot 2014-01-28 at 12.25.15 AMFoto terbaru Mizz Nina ketika menemani suaminya, Noh di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

“Ini adalah perkara baharu yang saya dapati dan fahami selama saya menuntut ilmu daripada beberapa ahli agama. Pengalaman yang pernah saya lalui selama ini juga memaksa saya untuk berubah.

Selepas ini saya akan mengurangkan aktiviti nyanyian. Saya tidak akan membuat persembahan dalam kalangan penonton yang bercampur. Saya hanya akan membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.”

Mizz Nina turut menambah bahawa dia sudah puas bergelar seorang penyanyi dan tidak akan menyesal untuk meninggalkan kerjayanya itu.

Menafikan dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan tersebut, Mizz Nina turut menambah bahawa dirinya kini mahu memberi fokus kepada ibadah dan juga perniagaan pakaian muslimahnya, Madeena.

Dalam pada itu, wanita berusia 34 tahun ini juga sedang mengusahakan sebuah syarikat produksi iaitu Big Fish Media yang bakal menerbitkan sebuah rancangan televisyen 13 episod untuk kanak-kanak.

Kredit Foto : Instagram Mizz Nina

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×