berita

Hanya RM22.80, Headlamp Kereta Anda Kembali Seperti Baru! Bagaimana? Ikuti Langkah Mudah Ini…

June 17th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Zaman sekarang ni semua benda perlukan duit, dengan harga barangan yang semakin meningkat membuatkan kos taraf hidup pun semakin tinggi. Kadang-kadang tu, duit gaji hanya cukup-cukup untuk bayar komitmen bulanan je.

Tambah-tambah pula bila dah nak dekat raya ni, pelbagai persiapan nak kena buat. Kereta pun nak kena servis kan, jadi bagi yang ada masalah headlamp kereta ‘kelam’ tu, apa kata cuba tips DIY dari brader ni. Kos RM22.80 je!

Total kos RM22.80 sahaja

Bahan2 yg aku dh listkan dan terus beli kat kedai hardware :
-Samurai 1K clear Lacquer rm20
– kertas pasir gred 600 dgn 2000 rm2.80
-soletape (sedia ada)
-kertas surat khabar lame (sedia ada)
Total semua : RM 22.80

Salotape keliling lampu

Soletape dulu tepi2 keliling lampu..
Nampak kesan2 kuning tu..

Buat kiri kanan..

Sental dengan kertas pasir dan biarkan kering

Sental headlamp tu dgn kertas pasir gred 600(sederhana halus) dulu…nnt nampak kesan2 kuning tu hilang sikit demi sedikit.. Selepas tu gosok pulak dgn kertas pasir gred 2000(halus)

Selepas siap sental kering kan dulu.. Sementara nk tunggu kering aku tido dulu..hihihi ZzZZzzzZz……..
Sambung keje….. Skng ni tutup sekeliling dgn surat khabar.. Next proses nk sembur clear lacquer..

**teruk lampu aku ni**

Dah kering, sembur clear lacquer

Ok skng start menyembur clear lacquer..

Sembur tu blh la buat 2 3 layer semburan…
**Buat 1 semburan dan biarkan kering (dlm 15 minit) sebelum semburan ke 2 dan ke 3

Dah siap! Berkilat macam baru!

Ok siapppppp headlamp kanan

Headlamp kiri

Tadaaaaa…….done
Selamat mencube dan selamat hari rayeee…….

sumber : Imran Jalil

SKIP THIS AD ×