berita

Hanya RM300 Seorang, Lima Gadis Ini Mampu Jalan-Jalan & Joli Sakan Di Sabah

April 15th, 2016 | by Arini Saleh
Travelogue

travelogue to kk

Dah banyak kita dengar kisah-kisah travel style backpacking kan? Korang dah cuba ke belum? Sini kami nak kongsikan pengalaman 5 orang gadis ni ke Sabah hanya RM300 seorang. Dorang dapat berjalan sakan, makan seafood dan island hoping. Untuk korang yang nak bercuti ke Sabah tapi kurang bajet boleh try cara dorang ni. Jom baca!

Anggaran RM1500 untuk 5 orang, dapat jalan-jalan Sabah & makan seafood!

1

Berbekalkan Rm1500 untuk 5 orang dah boleh jalan-jalan ke Sabah dan makan seafood berjoli joli kenyang!

Budget: Rm300/pax
Rm300(5) = Rm1500 all in/out exclude shopping & Tix.
Tix Rm95 (Return)

Hari Pertama – 7/4/2016

14 cystal hill

Flight AA from KLIA2- KK
7.00am – 09.45am
Arrived airport,
Sewa kereta Saga 1 day & half =Rm210.00
Gerak ke Ranau (Kundasang) singgah di

1) Rumah Terbalik Borneo Rm10.60(5)= Rm53.00
2)Kinabalu Park Rm3(5)= Rm15
3) Crystal Hill (Freeeeeee)
4) View point Kundasang ( Freeeeee)

Arrived Hounon Ridge Farmstay & Camping Rm160/night+Rm15 =Rm175 sebab extra person

Habis activities first day.
So tidur.

Hari Kedua – 8/4/16

25 chanteek borneo gallery

Bangun awal pagi, berebut jamban nak berak nak mandi bagai.

Turun bawah terus ambil gambar Gunung Kinabalu, tunggu awan lalu finally dapat tengok. Alhamdulillah.

Siap-siap kami move to Desa Cattle Dairy Farm tengok lembuuu New Zealand.

Per entry Rm5(5) =Rm 25

So bertolak balik ke KK – Jesselton Town utk booked island hoping next day.

Singgah di
1)Jambatan Tampurali (Freeeeeeee)
2)Cantik Borneo Gallery Rm15(5)=Rm75
3) Jesselton Point book for Snorkeling.
4)Centre Point- Jalan jalan tengok mall Sabah je
5) Pergi Pasar Kraftangan for shopping. Ah pening nak pilih mutiara
6) Kami makan di Pasar Todak. Makan seafood. Sangat sedap sangat murah sangat puas hatiii. Nak lagiiii Ikan Stim Nyonyaaa

Oh ya kami makan di kedai warna kuning meja kuning kerusi kuning yesss sangat sangat recommended!

Hotel Promenade Service Apartment, Kota Kinabalu Rm110/night.

So jom tidur.

Hari Ketiga –  9/4/2016

31 pulau mamutik

Awal pagi kami check out and bawa segala beg baju kat situ. So jalan kaki ke Pasar Todak Pasar Filipine beli kerepok kerepek angry bird.

Pergi Jesselton Points and terus naik boat pergi Pulau. Time pergi ni Sabah tengah Jerebu so bukit tu malu malu je nak tunjukkan diri.

So let’s swimm.

Habis swimming about petang la. So kami mandi and tukar baju di Toilet Futsal di Jessoltan Point.

Then cari makan dinner sekali lagi di Pasar Todak sebab tak leh move on sedap sangat seafood diaaaaaaa.

Tunggu la flight malam kat airport.

Dari Pasar Todak kami pergi ke Airport guna perkhidmatan abam abam bujang Sabah yang sudi baik hati hantar kami. K jangan gossip. Ni sepupu one of my friends.

Jam 9.55pm- 12.30am

Total Cost (kiraan kasar)

total cost kk

Kereta- Rm210
Minyak – Rm60
Rumah terbalik – Rm53
Hounnon Camping – Rm175
Farm Desa Park – Rm25
Cantik Bornea Gallery – Rm75
Kinabalu Park – Rm15
Island Hopping- Rm 250
Hotel Promenade Service Apartment – Rm110

Total = Rm973.00 for 5 pax

So balance to for makan so nampak tak kat situ betapa kami berjolinya pasal makan.

Oh ya, selepas itu ada balance lagi duit Rm16 sorang. So pulangkan balik!

Sekian. Selamat bercuti ke Sabah Bahhhh!

sumber : facebook Emyda Amirnuddin

 

 

SKIP THIS AD ×