berita

Happy Birthday Awal & L… – Eh, Nama Siapa Tu?

August 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

SCHAWAL

Korang perasan tak, sejak kelahiran #babyschawal, pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya dilihat kerap memuat naik foto anak mereka tetapi tak sedikitpun menunjukkan wajah bayi tersebut. Misteri kan? Hehe.

Semalam merupakan hari bersejarah buat Awal. Nak tahu kenapa? Kerana semalam Awal telah menyambut hari kelahirannya yang kini mencecah 33 tahun. Wah double the happiness!

Kami lihat melalui laman Instagram, banyak juga kek hari lahir Awal. Namun sekeping foto yang dimuat naik oleh isterinya mencuri perhatian kami.

babyschawal

Kalau korang nak tahu, diatas kek tersebut tertulis sepotong ayat berbunyi ‘Happy Birthday Awal & L…’. Hmm, persoalannya siapa L itu?

Haa, keterujaan kami berganda apabila membaca beberapa komen yang diberi oleh peminat pasangan ini. Yang paling seronok bila mereka mengaitkan pemilik nama L tersebut dengan baby Schawal yang baru lahir.

Kelakar tau! Ada yang teka Lana, Lina, Lily, Laila, eh macam-macamlah. Maklumlah, bayi pasangan ini kan dikenali sebagai baby L, jadi makin galaklah peminat bermain teka-teki.

Apapun, ni kami nak tanya, korang rasa anak Scha dan awal ni siapa namanya? Jom bincang sama-sama. Hehe.

Kredit Foto : Instagram Scha & Awal

SKIP THIS AD ×