Harga Gila Yang Tak Masuk Akal Dengan Gila-Gila Raya Bonanza RM11 Dari 11street.. Banyak Barang Best Berharga RM11 Je!! - OHBULAN!

berita

Harga Gila Yang Tak Masuk Akal Dengan Gila-Gila Raya Bonanza RM11 Dari 11street.. Banyak Barang Best Berharga RM11 Je!!

May 17th, 2017 | by Murni | 0 comments
111
reads
1
shares
Shout Out!


Korang pernah tak membeli belah di 11street ni? Kalau korang nak tahu, 11street ni adalah sebuah pusat membeli belah dalam talian yang menghubungkan pelanggan untuk pelbagai produk yang berkualiti pada harga yang terendah dalam persekitaran yang boleh dipercayai dan selamat untuk pembeli dan penjual.

Lepas tu, 11street jugak ada banyak pilihan barangan yang terdiri daripada pelbagai kategori. Antaranya, pakaian wanita, pakaian lelaki, barangan kesihatan dan kecantikan, gadgets, barangan eletronik, barangan rumah, kelengkapan sukan & automotif, barangan bayi dan kanak-kanak, mainan, barangan runcit, e-voucher dan banyak lagi!

Boleh kata semua barang yang korang nak, ada dekat 11street ni. Jom kami share apa yang lagi gempak dekat 11street ni!

Berbuka puasa di restoran terkenal dengan hanya RM11 sahaja! Wow!!

Sempena bulan Ramadhan dan hari raya yang akan tiba ni, 11street ada buat promosi Gila-Gila Raya Bonanza RM11, di mana korang boleh dapatkan kebanyakan barangan dengan hanya RM11 sahaja! Ye..silalah percaya ye sebab admin pun susah nak percaya. Haha!

Yang paling best, 11street juga ada deals berharga RM11 di restoran-restoran yang terkenal dengan makanan diorang yang memang sedap dan popular! Antara pilihan hebat yang korang boleh dapati adalah:

  •  Hadramawt Kitchen – RM 50 E-cash voucher untuk semua makanan dan minuman
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Sepiring untuk 2 pax
  • RM 20 Teh Tarik Place E-cash voucher untuk semua makanan dan minumam
  • RM 20 Sushi Q E-cash untuk semua makanan dan minuman
  • Berbuka puasa buffet untuk 1 pax di Serambi Melayu
  • Ramadhan buffet untuk 1 pax di Red Carpet Avenue
  • Ramadhan buffet untuk 1 pax di Orchard Villa, KL. Cawangan Gombak
  • Ramandhan buffet untuk 1 pax di Serambi Melayu

Haa..boleh lah korang bawa keluarga atau kawan korang berbuka puasa di luar nanti.

Cantik di Hari Raya tanpa mengeluarkan belanja yang banyak!

Siapa taknak cantik dan bergaya masa hari raya kan. Time nilah kita nak jumpa keluarga atau kawan-kawan yang dah lama tak jumpa tu. So, kenalah vogue sikit. Haha!

Apa kata korang check out deals Gila-Gila Bonanza Raya RM11 ni!

Banyak tau barangan kecantikan yang korang boleh dapat dengan hanya RM11. Antara barangan yang ditawarkan adalah Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream, L’Oreal Dermo Expertise Lip & Eye Makeup Remover, Maybelline Hyper Sharp Liner Wings, Maybelline Hyper Sharp Power Black Liquid Liner dan banyak lagi!

Korang takkan dapat tau harga gila macam ni dekat mana-mana. Hanya di 11street sahaja.

Ketupat rendang dah habis? Nak makanan ringan? Semua ada di 11street!

Bila tetamu ramai sangat datang beraya kat rumah, confirm rendang, ketupat, lemang semua licin. Tuan rumah pun gigit jari la lapar. Haha!

Tapi jangan risau, korang beli je makanan segera dekat 11street ni. Senang, cepat dan yang penting murah! Perut pun da kenyang, bolehlah korang sambung layan tetamu.

Antara produk makanan yang termasuk dalam Gila-Gila Bonanza Raya RM11 ni adalah:

  • Mi Segera Cintan Seafood Asli
  • Korean NEW Samyang Hot Chicken 2x SPICY Ramen Noodle & Samyang HOT Chicken STEW Ramen
  • 4 Multipack MAGGI 2-MIN Curry/Chicken
  • Kurma Premium Pack
  • FMH Minyak Bijan Berkualiti 420ml
  • 4 set Bamboo Fiber Oil Cleaning Cloth

Jom jadi gila dengan Gila-Gila Raya Bonanza RM11 sekarang!!

Sebenarnya ada banyak lagi barangan yang anda boleh dapatkan dengan harga RM11. Kalau korang nak tahu lagi tentang Gila-Gila Bonanza Raya RM11 ni, korang boleh cari hashtag #Gila2Raya11street di Instagram 11street okay!

Untuk maklumat lanjut tentang Gila-Gila Raya Bonanza RM11, korang boleh check out di laman web 11street dengan klik je dekat setiap kategori yang anda. Jom dapatkan lebih banyak deals yang memang berbaloi-baloi di 11street! Yay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *