berita

Harga IG Review Felixia Yeap Cecah RM1500 Didakwa Tak Masuk Akal

October 2nd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Felixia Yeap 1

Baru sahaja kami menceritakan mengenai Felixia Raisyyah Rania kelmarin kan? Tapi, semalam isunya lain iaitu berkenaan netizen yang mempertikaikan waktu solat gadis mualaf ini.

Artikel Berkaitan : Wajarkah Felixia Yeap Dikritik Teruk Tentang Ilmu Agama?

Tapi, sedang kami menikmati makan tengah hari tadi, ada beberapa orang rakan memberitahu bahawa Felixia sekali lagi dihencap teruk hari ini.

Kami yang tak tahu hujung pangkal cerita ni pun mintalah bukti foto dan details daripada sumber tadi. Rupa-rupanya ia adalah berkaitan harga yang dikenakan oleh Felixia untuk review iklan di laman Instagramnya.

Screen Shot 2014-10-02 at 3.05.22 PM

Wah.. 2 review bernilai RM1500.00?  Malah, harga tanpa diskaun ialah RM 1000 per review. Masyuk tu. Angka yang boleh dianggap besar bagi orang kebanyakan macam kami ni.

Sebenarnya, kami pun tak tahu berapa harga standard yang dikenakan oleh selebriti untuk buat review seperti ini. Mungkin bergantung kepada jumlah followers juga kot.

Screen Shot 2014-10-02 at 3.35.18 PM

 

Besar kemungkinan harga yang dikenakan itu tidaklah tinggi sangat jika dibandingkan dengan selebriti lain. Cuma, pada pendapat kami, rasanya lebih elok jika Felixia tidak mewar-warkannya dan hanya diberitahu kepada penjual yang berminat sahaja.

Cuma, kami terfikir juga keberkesanan strategi pemasaran yang sebegini. Adakah masih ada yang akan percaya dengan teknik pemasaran tersebut semata-mata hanya kerana seorang selebriti yang buat review? Dah memang lawa, pakai apa pun lawa rasanya.

Bagaimanapun, setelah kami tinjau laman Instagram Felixia, kami dapati bahawa foto-foto tersebut telah pun dipadam olehnya, mungkin kerana mahu mengelakkan bibit-bibit perdebatan yang mula berputik di ruangan komen. Ha.. apa pula pendapat anda? Mahal ke tidak?

Kredit foto: Instagram Raisyyah Rania

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×