berita

Hasil Diskusi, Dakwaan Pihak Gereja Mudah Beri Bantuan Duit Tak Benar – Baitulmal

June 15th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

BM2.1

Setiap agama mesti inginkan keamanan dan kesempurnaan sejagat, betul tak? Kita menolak sebarang sentimen keganasan dan melampau dalam beragama. Tak guna berbunuhan sesama sendiri sampai berperang dan menyusahkan semua orang. Kalau dulu, pernah jugak kecoh kata pihak gereja senang beri duit bantuan untuk membantu mereka yang memerlukan. Tapi, betul ke semua tu? Atau sekadar rumors yang dibuat-buat?

Baru-baru ini, suatu majlis berbuka puasa telah dibuat oleh sebuah NGO yang menghimpunkan pemimpin dua agama besar negara iaitu Kristian dan Islam. Ianya bertujuan untuk memupuk keamanan dan keharmonian sesama penganut agama. Soalan pasal bantuan duit ni turut diajukan di dalam sesi dialog majlis tu. Jom baca!

Memupuk keharmonian

BM3

Tadi, diberi peluang mengikuti program melibatkan antara agama anjuran sebuah NGO. Bukan antara bangsa, walaupun memang secara luarannya ada pelbagai bangsa menyertainya. Mereka yang dijemput ialah dari kalangan mereka yang kuat beragama samada imam, bilal atau ustaz. Begitu juga dari pihak kristian, father, mother dll.

Orientasi program ialah secara santai, berbual-bual, berkongsi-kongsi cerita sebelum dan selepas berbuka. Apa yang ingin dikongsi di sini bukan perihal program yang objektifnya adalah untuk memupuk keamanan dan keharmonian sesama penganut-penganut agama.

Gereja bukan sebuah bank

BM6.1

Semasa program ini, beberapa soalan melibatkan isu senang dapat duit tunai di gereja tanpa banyak songeh ditanyakan kepada rakan-rakan penganut kristian yang duduk semeja. Ternyata, isu yang diviralkan itu adalah tidak berasas sama sekali.

Jika pun ada bantuan yang ditawarkan oleh pihak gereja, ianya tidak semudah itu. Paderi juga akan merujuk kes mereka yang perlukan duit ini kepada pihak NGO mereka. Gereja bukan sebuah bank yang menyimpan duit tunai.

Informasi bertentangan

BM4

Turut dimaklumkan, ada dana yang diterima oleh pihak gereja untuk disalurkan kepada NGO @ institusi. Dana ini disalurkan melalui bank bukan secara tunai.

Informasi ini secara jelas bertentangan dengan apa yang telah menjadi mitos berhubung dengan gereja senang bagi bantuan tunai berbanding masjid.

Sumber: Baitulmal MAIWP

SKIP THIS AD ×