berita

Hazama Bakal Beraksi Dengan Kekasih Di AJL 28

January 8th, 2014 | by Haziqah | 3 comments
Isu & Kontroversi

Hazama Bakal Beraksi Dengan Kekasih Di AJL 28

Desas-desus mengatakan bahawa Hazama bakal bergandingan dengan kekasihnya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) pada 26 Januari nanti.

Pada malam penuh bersejarah itu, Hazama akan berentap untuk merebut trofi bersama 11 lagi peserta akhir di AJL 28 termasuklah Hafiz, pemenang trofi Vokal Terbaik, tiga tahun berturut-turut.

Untuk mendapatkan kepastian, OHBULAN! telah menemubual tuan punya badan ketika sidang media AJL 28 yang berlangsung di Hotel Empire, Subang semalam.

“Ya, saya akan membuat persembahan bersama-sama dengan kekasih saya di pentas AJL nanti.”

Hazama mengakui kekasihnya banyak membantu dalam menyumbangkan idea untuk persembahannya nanti.

Hazama Bakal Beraksi Dengan Kekasih Di AJL 28

“Saya banyak memikirkan idea dengan dia terutamanya dari segi arrangement muzik untuk persembahan saya nanti. Ya, dia memang membantu.”

Sementara itu, Hazama mengatakan dia tidak akan mencampur-adukkan urusan peribadi dengan kekasih dan akan bersikap profesional ketika beraksi di atas pentas.

“Dah banyak kali jugak kami berselisih faham sebelum ini, tapi bila bab melibatkan kerja, saya dan dia akan bersikap profesional supaya tidak menganggu kualiti kerja masing-masing.”

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan gimik yang bakal dipersembahkan oleh mereka di atas pentas nanti? Mungkinkah kita akan menyaksikan lagi lamaran secara langsung di kaca televisyen seperti yang pernah dilakukan oleh selebriti lain sebelum ini?

Mungkinkah Hazama bakal merampas takhta juara vokal daripada Hafiz pada tahun ini pula? Sama-sama kita nantikan pada 26 Januari nanti.

3 Comments

  1. gm says:

    boleh blah la

    (0)
  2. hamba says:

    Biarla.. Suke ati diaorgla.. Asalkan diaorg bahagia..

    (0)
  3. mian says:

    Lagu Relakan Jiwa tu best. Harap dia menang.

    (0)