berita

Foto: Heechul Tamat Latihan Tentera, Terima Anugerah Terbaik

August 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

130429HEECHUL

Setelah menghabiskan masa dua tahun menyertai latihan ketenteraan, salah seorang ahli Super Junior, Heechul hari ini berjaya menamatkan perkhidmatannya sambil menerima anugerah khidmat terbaik.

Untuk pengetahuan anda, Heechul mula menyertai tentera pada 1 September 2011 dan telah berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan awam di pejabat daerah Seodong.

Kebanyakan peminat yang teruja dengan berita itu telah mewujudkan hashtag #HeechulIsBack #WelcomeBackHeenim dan #spacebigstarcomeback di pelbagai laman sosial termasuk Twitter.

Screen Shot 2013-08-30 at 14.34.25

Mengenai perkembangan terbaru, Hee Chul khabarnya akan menjalani beberapa sesi latihan sebelum kembali membuat persembahan pentas.

Kim Hee Chul akan mengambil masa untuk berlatih sebelum membuat persembahan di atas pentas. Sebaik sahaja dia benar-benar mendapat latihan yang cukup, dia akan turut menyertai ahli Super Junior yang lain untuk konsert jelajah mereka. Namun begitu, masa dan tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi. – Soompi

Jadi, bagi peminat-peminat Heechul, OHBULAN! sertakan beberapa keping foto penyanyi kesayangan ramai ini yang disambut baik oleh peminat-peminat sewaktu hari pelepasannya hari ini.

Kredit foto: Starnews

SKIP THIS AD ×