berita

Heliza Helmi Nafi Hafiz Lamar Dirinya

January 8th, 2014 | by Ai | 9 comments
Isu & Kontroversi

 

Heliza Helmi

Terkejut juga saat kami terbaca tajuk artikel dari sebuah akhbar tempatan. Apa tidaknya, tiba-tiba saja Heliza Helmi dikaitkan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Menerusi laporan Kosmo!, isu ini berpunca apabila Hafiz Hamidun telah mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa dia akan berkahwin dengan seorang penyanyi yang juga seorang penceramah bebas dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Heliza yang ditemubual telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak menerima sebarang lamaran termasuklah dari Hafiz sendiri.

Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun berteka-teki dengan identiti bakal isterinya

“Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.”

Tidak memilih untuk berahsia bila tiba masanya, Heliza menjelaskan bahawa dia akan menghebahkan berita perkahwinannya nanti supaya tidak menimbulkan fitnah.

“Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin.”

Apa pun, jika sudah sampai jodohnya, takkan lari kemana pun.

9 Comments

  1. anje says:

    Mana adalah… drpd sumber yg rapat dgn heliza, kalau x silap, heliza ni dah bertunang dgn teman lelaki dia – lawyer kat petronas… cuma heliza minta masa 2-3 thn lg br nak kawen…tp benda ni very the secret… huhuh

    (0)
  2. anje says:

    Mana adalah… drpd sumber yg rapat dgn heliza, kalau x silap, heliza ni dah bertunang dgn teman lelaki dia – lawyer kat petronas… cuma heliza minta masa 2-3 thn lg br nak kawen…tp benda ni very the secret… huhuh

    (0)
  3. uhuh says:

    ah ah, “very the secret” lah sesgt!

    (0)
  4. Olga says:

    jgn ingat retis berbumbungkan lagu2 ketuhanan ni syumul sgt lah….
    cer tanya Aiman akademi nasyid.. siapa c hapiz ni… pfrttttttt….

    (0)
  5. azizah says:

    kalau hafiz hamidun betul2 anak jantan ,cer pi pinang heliza tuh

    (0)
  6. hamba says:

    Lantak diaorg la.. Artis sendu..

    (0)
  7. zouk says:

    Maaf tumpang lalu.Kenape ak tgk komen2 kt cni mcm rmai y sentap je. Biarlah diorang,hak diorang.

    (0)
  8. jah sengat says:

    Olga ko nk ckp hapis ni sesuatu kan…. erm caye caye

    (0)