berita

Hey Lara Lodin – Scha Alyahya Sudah Dedah Nama Penuh & Wajah Anak?

August 26th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

IMG_0820

Rasanya memang ramai yang sudah overexcited nak melihat kecomelan bayi Awal Ashaari dan Scha Alyahya kan? Mana taknya, sejak lahirnya bayi sulung mereka sehinggalah hari ini, masih belum ada foto jelas yang menunjukkan wajah bayi comel itu.

Meskipun banyak juga gosip jahat yang dilihat sengaja mencari kontroversi di sebalik keengganan pasangan itu menunjukkan wajah bayi mereka, nampaknya Scha dan Awal masih lagi cool. Yelah. Mulut orang mana boleh tutup kan?

Ha.. tapi tak semua orang berfikiran negatif. Buktinya, ramai dah teruja habis bila nampak sipi-sipi wajah anak Scha dan Awal semalam. Khabarnya nama penuh bayi mereka ialah Lara Lodin. Betul ke?

Screen Shot 2014-08-25 at 11.04.04 PMBaby Lara mendapat kunjungan daripada Lisa Surihani dan Yusry

Kami pun kurang pasti adakah Lara Lodin merupakan nama penuh si cilik ini. Jika ya, bagi kami nama itu agak unik dan lain daripada yang lain kan.

Maka, kami pun terus teringat yang Awal ketika ditembual tidak lama dahulu pernah berkata bahawa dia gemarkan nama yang klasik manakala isterinya suka nama moden.

Namun, pada kami tak kisahlah mereka nak letak nama apapun. Janji anak kesayangan mereka itu dapat membesar dengan sihat. Betul tak?

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×