Laman Utama » Berita Terkini

Benda sudah terjadi depan mata, tak mungkin kami nak sorok. Al-kisah’nya, malam tadi kami team OHBULAN! melepak layan shisha berhampiran Hartamas Square. Seronok’nya tengok gelagat Scha & Awal yang begitu mesra, seakan dilamun cinta pandang pertama. Kami duduk selang beberapa meja sahaja dari mereka. Tidak’lah kami tegur, nanti terganggu pula mood mereka.

Sudah kantoi di depan mata kami, siap peluk-peluk mesra lagi. Jangan tanya pasal gambar, tempat tersebut gelap sangat.

Oh ya, sebelum itu kami beramai-ramai menonton filem Storm Warrior di Pavilion. Komen kami, filem berunsur pahlawan cina zaman lampau ini memang dipengaruhi dengan elemen filem 300, cuma tiada cheers “Spartan!”

Kami tidak puas hati dengan storyline yang banyak tergantung. Watak jahat yang didokong oleh jeneral jahat amat senang di’ayam-ayamkan oleh Penjejak Badai. Tak rock langsung!

Masih ada 3 lagi filem yang akan kami marathon hari ini, antara’nya filem epik Sherlock Holmes, Avatar & Alvin and The Chipmunks 2. Nanti’kan review kami.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

I’m Pregnant! – Eira Syazira Sahkan Kehamilan Pertama